Benarlah kata orang bahawa semasa bercinta, semuanya indah. Namun, segala keindahan ini punah buat sesetengah pasangan selepas berkahwin apabila si suami khususnya, mempunyai perangai panas baran.
Perangai panas baran yang jarang-jarang berlaku mungkin boleh dikawal namun bahaya bagi isteri yang terpaksa berhadapan dengan suami panas baran sehingga berlaku keganasan dalam rumah tangga! Buat anda yang mempunyai pasangan baran di peringkat awal, ini cara layanan yang betul.
Baca juga: Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini 5 Lagi Mitos Sek* Yang Anda Masih Percaya!
CARA NAK LAYAN PASANGAN PANAS BARAN
Masa mula-mula bercinta mereka banyak menggunakan kata-kata manis, tetapi selepas kahwin mereka mula menunjukkan sifat sebenar mereka. Ramai golongan lelaki di Malaysia ada masalah ini. Kasihan isteri dan anak pula yang jadi mangsa! Ini perkongsian dari Dr.Samhan cara tangani pasangan yang panas baran.
1.Selalu ingatkan pasangan untuk bersabar
Bagi kata-kata semangat dan ingatkan yang anda selalu ada pada waktu susah dan senang.
2.Berikan perhatian yang lebih
Bagi ucapan sayang, pujian dan sentiasa ada ketika pasangan memerlukan seseorang.
3.Berbincang dengan pasangan
Cuba ‘deep talk’ dengan pasangan tentang apa yang membuatkan dia sentiasa marah dan cari solusinya.
4.Jangan mendesak
Jika pasangan sedang marah, tenangkan pasangan dengan kata-kata yang sesuai. Elakkan bertanya soalan yang akan keruhkan keadaan.
5.Gunakan orang tengah
Orang yang rapat dengan pasangan mungkin lebih kenali pasangan, minta tolong mereka untuk pujuk pasangan. Jika masalah berlarutan dan tiada perubahan atau berlaku keganasan rumah tangga, jangan berlengah untuk buat laporan polis.
*Sebelum kahwin manis ibarat gula, lepas kahwin baru tunjuk perangai baran. Masam macam cuka!
Baca juga: 3 Contoh Lafaz Ijab Kabul & Kalau Guna ‘Aku Reda’ Sahaja Sah Ke?
Sumber: X @DrSamhan