40 Minggu

Suami Tak Nak Bela Haiwan Takut Anak Dalam Kandungan Isteri ‘Terkenan’, Mufti Tegur Ini Jadi Syirik!

8
SHARES
dosa syirik

Tidak dinafikan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu, ada yang masih memegang kepada kepercayaan ‘terkenan’ yang ditanam sejak zaman dahulu lagi. Sebagai contoh ada yang mengatakan ibu mengandung serta suami perlu menjaga kata-kata, tidak melakukan perkara ‘terlarang’ kerana bimbang sesuatu yang tak dingini akan berlaku kepada bayi mereka. Ini adalah dosa syirik!

Mungkin kadang-kadang ada betulnya namun, amarannya adalah jangan terlampau taksub sehingga boleh melawan kekuasaan Maha Ilahi yang menentukan segalanya.

Baca juga: Gara-Gara Jamah Hanya 3 SUDU Laksa Lepas Berpantang, Wanita Ini Tanggung Azab Sakit Sampai Ke Hospital

DOSA SYIRIK! SUAMI TAKUT ANAK DALAM KANDUNGAN ‘TERKENAN’ MUKA IKAN

dosa syirik

Disebabkan itu terdapat pasangan yang begitu berhati-hati dalam melakukan suatu perkara kerana bimbang kesan kenan tersebut seperti soalan di bawah.

Soalan:

Bolehkan saya (suami) membela ikan hiasan yang mempunyai rupa pelik (kepala besar, perut besar, mata besar) ketika isteri sedang hamil? Saya musykil sebab takut dikaitkan dengan kenan, terima kasih.

Jawapan Mufti:

Adalah HARUS memelihara haiwan ternakan atau hiasan dengan syarat kebajikan dan makan minumnya dijaga dengan baik. Namun, percaya kepada ‘kenan’ merupakan salah satu bentuk kepercayaan yang boleh membawa kepada syirik. Ia dikatakan syirik kerana terdapat keyakinan dalam hati terdapat kuasa lain yang dapat mempengaruhi kehidupannya seperti mengaitkan kecacatan dan kemudaratan yang dialami bayi disebabkan oleh binatang tersebut.

KENA SANGKA BAIK..

Umat Islam dilarang untuk menganggap sesuatu perkara atau makhluk lain boleh memberi keburukan, sial, nasib malang dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan kita terjerumus dalam mensyirikkan Allah SWT.

Sebaliknya kita hendaklah sentiasa bertawakal dan bersangka baik kepada Allah s.w.t apabila berlaku sesuatu musibah, bukan menyalahkan perkara tertentu atau sesuatu itu pembawa malang atau sial. Berpegang teguhlah kepada kekuasaan Allah serta serahkanlah urusan sepenuhnya kepada Allah swt. Ingatlah firman-Nya:

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Maksudnya: “Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”- (Surah al-Talaq: 3)

dosa syirik

*Betul lah, kalau ibu hamil mesti nak tengok wajah cantik dan kacak supaya terkenan dekat anak kan?

Baca juga: Petua Dapat Zuriat Dengan Mandi Hujan, Pasangan Romantis Ini Mencuba Nasib

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sembilan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×