Famili

Taska Berdaftar Dengan JKM Wajib Pamer Nombor Pendaftaran Bermula 1 Januari 2025

1
SHARES
taska berdaftar

Berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan, semua taska berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwajibkan memaparkan plak nombor pendaftaran di premis masing-masing.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menjelaskan bahawa langkah ini diambil agar memberi keyakinan kepada ibu bapa di luar sana terhadap status lesen taska tersebut.

Baca juga: Panduan Gred Markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Rupanya Markah 80% Dalam Gred B

TASKA BERDAFTAR JKM PERLU PAMER NOMBOR PENDAFTARAN

TASKA BERDAFTAR

“Kementerian saya sering menerima soalan berhubung taska tidak berdaftar dan bagaimana cara mengenal pasti jika mereka tidak pernah memohon lesen daripada JKM.

“Mulai sekarang, semua taska diwajibkan menampal nombor pendaftaran di dinding premis supaya ibu bapa tahu taska tersebut berdaftar,” jelasnya.

Beliau menjelaskan bahawa inisiatif ini merupakan agenda utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi 2025.

Agenda lain bagi tahun seterusnya adalah menggerakkan inisiatif Bantuan Yuran Pembelajaran Anak Autisme serta pembangunan Pusat Perkhidmatan Autisme, masing-masing diperuntukkan RM15 juta dan RM5 juta.

“Perdana Menteri telah mengumumkan perkara ini dalam Belanjawan 2025. Ia merupakan inisiatif baharu untuk menjaga kebajikan anak autisme dengan pendekatan lebih fokus melalui intervensi awal, tanpa meletakkan mereka bersama anak-anak bukan autisme,” katanya.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong, turut memaklumkan sejumlah RM5.6 juta diperuntukkan bagi tahun ini untuk pelaksanaan projek pembangunan di kawasan Parlimennya.

Peruntukan itu melibatkan projek pembinaan Jalan Perhubungan Desa (JPD) sebanyak RM3.17 juta, Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM500,000, dan Projek Mesra Rakyat (PMR) berjumlah RM967,000.

Baca juga: Cikgu Kecewa Anak Murid Biarkan Kertas Jawapan Kosong & Bagi Jawapan Tak Masuk Akal

Sunber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×