Senarai Tadika di Malaysia
Tahun 2014 bakal tiba ke penghujungnya. Tahun 2015 bakal menjelma. Rata-rata, ramai ibu-bapa yang sudah sibuk buat ‘survey’ tentang tadika. Mungkin salah satu daripada ramai-ramai ibu-bapa itu ialah anda?
Semestinya, ramai ibu-bapa tahu yang pendidikan awal kanak-kanak itu penting. Ia tidak boleh diambil remeh kerana membabitkan masa depan anak. Tambahan lagi, dengan tugasan ibu yang bekerja sepenuh masa, belum tentu dapat mengajar anak sendirian. Sebab itu kami ada sediakan panduan dan kriteria tadika yang dikongsikan bersama dalam tips memilih tadika. Untuk senarai tadika ini, kami menyenaraikan tadika yang biasa dilihat di bandar-bandar besar. Senang cerita, tadika ini tadika yang berjenama. Ada yang francais, ada yang tidak. Kami tiada rekomendasi, yang mana bagus yang mana tidak bagus.
Dari semasa ke semasa, kami akan kemaskini senarai ini.
Nota: Susunan adalah secara rawak dan bukan mengikut ‘ranking’ terbaik.
1. Tadika Krista Kindergarten
Menurut website krista.com.my, mereka dikatakan salah satu rangkaian tadika terbesar di Malaysia. Krista mengalu-alukan anak anda ke pusat-pusat kualiti yang percaya dalam menyediakan persekitaran yang terbaik untuk anak anda untuk mengalami dan menyeluruh pembangunan pada tahun-tahun awal mereka. Krista juga mempunyai Centre for Special Children yang boleh membantu kanak-kanak ADHD, Autisme, Hyperaktif dan Down Syndrome.
Lokasi pusat mereka terletak di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
URL: krista.com.my
2. Tadika Genius Aulad
URL: geniusaulad.com.my
3. Tadika Brainy Bunch (Islamic Montessori)
URL: brainybunch.com
4. Tadika Smart Reader Kids
URL: smartreader.edu.my
5. Tadika Little Caliphs
URL: littlecaliphs.com.my
6. Tadika CIC (Children Islamic Centre)
URL: cic.com.my
7. Tadika Q-Dees
URL: q-dees.com
8. Tadika Kinderland
9. Tadika Vonad
URL: asuhanwithummi.blogspot.com
10. Tadika Dzul Iman Smart Khalifah
URL: dzuliman.edu.my
11. Tadika Noble Kids
URL: noblekids.com.my
12. Tadika ABS
URL: tadikaabs.com
13. Tadika Atfal Kids
URL: atfal-kids.com & facebook.com/pages/ATFAL-Kids/368633621331
14. Tadika Real Kids
URL: realkids.edu.my/centres/index.html
15. Tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam)
URL: tiada
16. Tadika Kemas, Jabatan Kemajuan Masyarakat
URL: kemas.gov.my
Tadika Islam
Untuk tadika Islam yang dibawah seliaan kerajaan negeri dan Wilayah Persekutuan:
1. Tadika Agama Johor
URL: tadikaagamajohor.blogspot.com & facebook.com/pages/Tadika-Agama-Johor-TAJ/107017866043338
2. Tadika JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka)
URL: jaim.edu.my/edu_tdk/ & facebook.com/pages/Jabatan-Agama-Islam-Melaka-JAIM/172202259466525
3. Tadika MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)
URL: maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/tadika-islam
Akhir kata, kami ingin tekankan bahawa usah percaya pada jenama. Dapatkan maklumbalas daripada ibu-bapa yang pernah menghantar anak ke tadika tersebut. Bukan tanya kawan rapat. Cuba kenal-kenal dan berbaik-baik dengan ibu-bapa yang lain. Ingat, ini bukan tempat ‘tinggalkan’ anak sementelahan kita bekerja. Ini ialah tempat pembelajaran anak. Di sinilah anak akan belajar membaca. Di sini jugalah anak akan belajar mengaji.
Letakkan wang ringgit sebagai perkara kedua. Biar jauh sedikit dari rumah, usahakan anak agar dapat pendidikan terbaik. Pilih dengan hati dan jiwa. Bukan dengan perasaan. Kalau anak masih kecil, mungkin anda perlu baca tips kenali taska atau pengasuh yang baik. Kriteria yang ada pasti ada sikit kena-mengena sebelum anak menjejaki tadika.
Ada tadika yang kami tertinggal? Jika ada, cadangkan di ruangan komen. Jika anda juga pernah hantar ke tadika yang kami senaraikan di atas, apa pengalaman anda?
Semoga bermanfaat.