Dapur

Ini Resipi Sate Ayam Paling Sedap Dan Simple Untuk Open House

8.6K
SHARES

“Alamak, nak tempah sate semua dah tak sempat. Kena buat sendiri la jugak ni…”

Kalau anda tak sempat membuat tempahan sate untuk juadah rumah terbuka, apa kata kali ini anda buat sendiri sate dengan berpandukan resipi sate yang paling mudah! Macam mana tu? Jom kita tengok dan cuba resipi sate ayam yang mudah dan semestinya sedap ini. Jimat pun jimat.

RESIPI SATE PALING SIMPLE UNTUK OPEN HOUSE

Assalamulaikum dan selamat pagi,sebelum kak pida bergelut di dapur untuk menyiapkan sajian #Sate untuk open house hari selasa ini…kak pida kongsikan resepi sate cara kak pida yg paling simple…Bila buat sendiri memang jimat separuh tau dari kita tempah tetapi agak penat sikit. ok boleh tengok langkah-langkah seperti yg kak pida tunjukkan boleh cuba buat sate daripada air tangan sendiri selepas ini apa lagi sekarang musim open house kan…boleh la saji untuk para tetamu atau makan bersama famili nanti.

1. Seekor ayam anggaran berat 2 kg.

2. Tips. Boleh guna salah satu atau ketiga-tiga bahan ini untuk mencuci daging ayam bagi hilangkan bau hanyir dan memastikan ayam bersih suci.

3. Kulit ayam yang diasingkan daripada isi ayam…jangan buang tau boleh selitkan bersama isi ayam bila cucuk sate nanti….sedap bila ada rasa lemak-lemak sikit kulit ayam ini boleh direbus untuk melembutkannya bagi senang masa proses menghiris dan cucuk nanti.

4. Ini hasil lepas direbus…toskan.

5. Isi ayam yang telah siap dihirisi.

6. Racik halus serai,halia dan lengkuas…anggaran dalam:-

Serai 6batang
Halia 45gm
Lengkuas 45gm

7. Hasil serai, halia dan lengkuas selepas diblander…halus macam ni. Masukkan dalam isi ayam.

8. Gaulkan Gula,serbuk kunyit,garam dan perasa tambahan bersama isi ayam. Anggaran :-

Gula: 2 1/2 @ 3cawan gula ikut tahap kemanisan yg dikehendaki.
Garam 1 sudu kecil kfc.
Perasa tambahan 1 sudu kecil kfc.
Satu senduk serbuk kunyit.

9. Siap segala perapan sate…sedia untuk dicucuk juga boleh dibiarkan semalam sebelum dicucuk untuk mesrakan segala bahan perapan.

10. 2 kg ayam boleh dapat 75 cucuk +-

Senang je kan?

Sumber : Mufidah Jamil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×