Menerusi laman Facebook milik Mey Mey, dia ada kongsikan itinerari penuh selama 4 hari 3 malam melancong ke Ho Chi Minh Vietnam.
Lebih menarik lagi, percutian tersebut tidak mencecah sehingga RM2000 sekepala dan itu sudah tentunya sangat berbaloi kerana anda boleh mendapat pengalaman baharu di negara orang.
Baca juga: Tak Sangka Ada 100 Resort Menarik Di Perak Rupanya, Boleh Pilih Ikut Bajet Sendiri
NAK MELANCONG KE HO CHI MINH BOLEH RUJUK ITINERARI PENUH INI
Siapa bercadang nak ke Ho Chi Minh Vietnam 4 hari 3 malam boleh rujuk itinerari ini.
Penerbangan dari Kota Kinabalu – Ho Chi Minh (Return) RM384.67
Pengangkutan RM51.44
Saigon Charm Hotel – RM48.22/night
Trip sehari ke Mekong Delta & Tunnels – RM148.00
Vietnam Esim – Daily 2GB 4 days RM12.88
Hip Hop Bus Ho Chi Minh – RM21.00
Duit Cash Vietnam – 2.5 Juta/RM437.50
Duit Malaysia – RM150.00
Kad BigPay – 800k/RM140.00
Total : RM 1444.15
28 Disember, Sabtu (Hari pertama)
– Kota Kinabalu 11.45am – Ho Chi Minh 12.55PM
– Bergerak ke Ben Thanh Market. Dekat sini kena berhati-hati, kalau tak nak beli jangan tanya.
– Seterusnya ke Malaysian Street di belakang Ben Thanh Market. Harga di situ bermula RM18 ke atas dan boleh bayar guna duit Malaysia.
– Malam pula pergi Bui Vien Walking Street.
29 Disember, Ahad (Hari kedua)
– Makan di Pho Muslim dengan menaiki Grab motor berharga RM2.99
– Berjalan di sekitar War Remnants, Saigon Square dan menaiki Hop on Hop off berharga RM21.00.
– Makan malam di Malaysian Street.
30 Disember, Isnin (Hari ketiga)
– Berjalan di Egg Shell Art, Weapon Gallery, Chu Chi Tunnels, Chu Chi Gun Range berharga RM106.
– Seterusnya trip seharian ke Sungai Mekong berharga RM148.
31 Disember, Selasa ( Hari keempat)
– Check out hotel dan bergerak ke lapangan terbang.
Sedikit pengalaman yang kira mengerikan adalah:
1. Dekat Ben Thanh Market tak ada tag harga , jadi nak tanya harga dia memang akan paksa kita beli.
2. Dekat sini mana mana tempat kita pergi kuat sangat minta tips. Tak kira ke mana sahaja. Kalau tak bagi, dianggap kita tak suka dengan servis mereka.
3. Dekat lapangan terbang kena print fizikal boarding pass dari kaunter. Tak boleh eboarding. Masa menunggu agak lama sebab ramai dekat imigresen. Kiosk pun tak ada, kena pergi kaunter juga.
4. Ada yang menjual kacang dan jajan di tepi secarra memaksa. Kena lebih berhati-hati dan peka.
Trip melancong ke Ho Chi Minh pasti lebih bermakna jika anda mengikuti tips ini. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Melancong Ke Jepun Makin Jadi ‘Trend’ Tapi Kalau Nak Pergi Kena Pilih Bulan Yang Sesuai
Sumber: Facebook Mey Mey