Famili

Cara Mohon Rayuan Haji 2025 Secara ‘Online’, Dibuka Hingga 31 Januari Tahun Hadapan

7
SHARES
rayuan haji

Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuka permohonan rayuan haji bagi tahun 1446H/2025M melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula 19 Disember hingga 31 Januari tahun hadapan.

Rayuan haji ini disediakan oleh Tabung Haji (TH) sebagai saluran bagi bakal haji mengemukakan sebab-sebab tertentu untuk menunaikan haji pada tahun semasa.

Baca juga: Rupanya Ini ‘Rahsia’ Lantai Di Masjidil Haram Sentiasa Sejuk, Nyaman Dipijak Walau Cuaca Panas Terik

CARA BUAT RAYUAN HAJI TAHUN 2025, DIBUKA HINGGA 31 JANUARI

rayuan haji

Berikut adalah cara untuk membuat rayuan haji tahun 2025:

1. Log masuk ke THiJARI.

2. Pilih Menu Perkhidmatan Haji.

3. Pilih sub menu ‘Rayuan Haji’

4. Kemudian pilih ‘Permohonan Rayan Haji’ /’Semak Status Rayuan’.

5. Baca Kategori dan Garis Panduan Rayuan Haji.

6. Pilih Kategori Rayuan Haji

7. Pilh Persetujuan Pembayaran

8. Pilih Status Kesihatan

9. Klik Perakuan Istito’ ah

10. Tekan butang Hantar dan muat turun Slip Rayuan Haji untuk simpanan.

Walau bagaimanapun, pertimbangan bagi rayuan haji adalah tertakluk kepada kekosongan tempat dan berdasarkan merit tertentu, seperti berikut:

– Rayuan mahram bagi isteri atau suami yang terpilih.

– Pengiring bagi bakal haji lanjut usia yang terpilih.

– Pengiring bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang terpilih.

– Bayaran haji bagi kategori di atas adalah mengikut kadar bayaran haji (principal) yang terpilih.

– Lain-lain rayuan yang memenuhi kriteria merit.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa membuat rayuan haji sekiranya anda ingin menjadi tetamuNya pada tahun hadapan.

Baca juga: Bayaran Haji Untuk Jemaah B40 & M40 Naik Sebanyak 20% Untuk Tahun 2025

Sumber: Tabung Haji

Kredit imej: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×