Percutian

8 Negara Paling Susah Pelancong Nak Masuk, Tak Cukup Dokumen Pasti ‘Bye Bye’…

9
SHARES
negara paling susah masuk

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa negara paling susah masuk untuk pelancong kerana anda perlu menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan. 

Bukan itu sahaja, sesetengah tempat juga tidak selamat untuk dikunjungi dan menyebabkan ia sukar untuk dilawati oleh pelancong luar.

Baca juga: 37 Senarai Pakej Haji Swasta Tahun 2025 Yang Berdaftar Dengan TH, Pastikan Ejen Bertauliah!

NEGARA PALING SUSAH MASUK, KENA SEDIAKAN BANYAK DOKUMEN

NEGARA PALING SUSAH MASUK

Berikut adalah senarai negara paling susah masuk untuk pelacong kerana undang-undang yang ketat dan beberapa dokumen penting diperlukan.

1. Rusia

Pelancong perlu memohon visa dengan menyediakan surat jemputan rasmi daripada hotel atau individu di Rusia. Proses ini sudah pastinya memakan masa dan melibatkan banyak dokumen tambahan.

2. Negara paling susah masuk – Turkmenistan

Selain Rusia, negara paling susah untuk dikunjungi oleh pelacong adalah Turkmenistan. Jika ingin memohon visa pelancong ke Turkmenistan, pastikan anda sediakan beberapa dokumen, bermula daripada tiga salinan borang permohonan visa yang telah dilengkapkan serta surat jemputan daripada Perkhidmatan Migrasi Turkmenistan.

Pelancong juga dikehendaki mempunyai penaja di Turkmenistan yang boleh menguruskan surat jemputan (LOI) untuk anda. Dianggarkan mengambil masa sekitar 20 hari untuk mendapatkan surat tersebut.

3. Iran

Seterusnya adalah Iran, walaupun Negara ini mempunyai beberapa destinasi pelancongan terkenal, seperti Bazar Tajrish, Gunung Damavand, dan Masjid Nasir al-Mulk.

Namun, pelancong harus mempunyai kod pengesahan khas sebelum memohon visa. Kod kebenaran dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Iran, tetapi ejen pelancongan rasmi Iran mesti memohon kod tersebut bagi pihak pelancong yang ingin datang.

Walau bagaimanapun, proses permohonan visa pelancong ke Iran menjadi lebih mudah kerana e-Visa sudah diperkenalkan.

4. Negara paling susah masuk – Korea Utara

Jika anda bercadang untuk datang ke Korea Utara, pelancong mesti memohon visa melalui ejen pelancong yang dilantik oleh kerajaan. Apabila anda berada di sana, anda juga tidak boleh bersiar-siar di sekitar bandar.

Korea Utara melaksanakan dasar yang sangat ketat untuk pelancong di mana tidak dibenarkan berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan memburuk-burukkan pemimpin.

5. Bhutan

NEGARA PALING SUSAH MASUK

Semua pelancong mesti menempah pakej melalui agensi pelancongan yang diluluskan dan membayar yuran minimum harian yang tinggi (“Sustainable Development Fee”). Proses ini bertujuan mengawal jumlah pelawat ke negara tersebut.

6. Korea Selatan

Walaupun visa pelancongan agak mudah untuk kebanyakan negara, namun sesetengah warganegara (termasuk dari Asia Tenggara seperti Filipina dan Vietnam) perlu menyediakan dokumen tambahan seperti bukti kewangan dan jadual perjalanan yang lengkap. Kemasukan juga diperketatkan bagi individu yang pernah melanggar visa sebelum ini.

7. Australia

Proses permohonan visa pelancongan memerlukan banyak dokumen seperti bukti kewangan, jadual perjalanan, tiket penerbangan pergi balik, dan surat jemputan (jika berkaitan).

Pemeriksaan latar belakang juga akan dilakukan selain permohonan visa yang kadang kala mengambil masa beberapa minggu.

8. Somalia

NEGARA PALING SUSAH MASUK

Negara paling susah masuk untuk pelancong yang terakhir adalah Somalia kerana keadaan keselamatan tidak stabil di mana sering mengalami konflik bersenjata, serangan militan, dan ketidakstabilan politik.

Kebanyakan negara mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyat mereka untuk mengelakkan melancong ke Somalia. Proses mendapatkan visa juga agak sukar kerana ketiadaan sistem konsular yang teratur.

Dalam kebanyakan kes, pelawat perlu mendapatkan visa melalui kedutaan Somalia di negara jiran seperti Kenya, dan ia memerlukan surat jemputan rasmi atau penaja tempatan.

Itu sahaja 8 negara paling susah masuk untuk semua pelacong. Jadi, buat pembacaan yang banyak sebelum anda mulakan percutian.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Bawa Kereta Sendiri Masuk Pulau Pangkor, Rupanya Lebih Jimat Dan Murah!

Sumber: Detik Travel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×