Famili

5 Cara Bijak Guna Duit Akaun 3 KWSP, Jangan Habiskan Ikut Kehendak!

16
SHARES
PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

Umum mengetahui, Akaun 3 KWSP boleh dikeluarkan bila-bila masa mengikut jumlah yang anda tetapkan. Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian Perunding Kewangan, Azizul Azli Ahmad, pengeluaran Akaun 3 KWSP perlu digunakan dengan bijak.

Ini bermakna anda dinasihatkan tidak membeli atau menghabiskannya tanpa sebarang tujuan. Jadi, gunakan duit tersebut dengan bijak seperti tips yang dikongsi di bawah ini.

Baca juga: Perjuangan Cikgu Pedalaman Hias Kelas Anak Murid Macam Kafe Dapat Perhatian

CARA BIJAK GUNA DUIT PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

1. Bayar hutang

Itupun kena pastikan kadar hutang kita lebih tinggi dari kadar dividen yang KWSP berikan. Biasanya pembiayaan peribadi, kad kredit. kadar faedahnya lebih tinggi.

Hutang pinjaman PTPTN hanya 1%-2% sahaja, baik biarkan duit KWSP berkembang dengan 5%-6% setahun.

2. Tabung dana kecemasan

Jika kerja bertahun tapi masih tak ada dana kecemesan 3 hingga 6 bulan gaji, maka jadikan pengeluaran ini untuk tabung kecemasan anda.

3. Keperluan pendidikan

Adakala kita perlukan laptop, telefon baru untuk tujuan pelajaran atau jana lebih banyak duit lagi. Dengan peralatan baru ini, ia bantu kita jadi lebih bijak untuk menjana duit.

4. Kursus kemahiran

Ikuti kursus, bengkel, kelas, seminar, sambung belajar untuk perbaiki skill diri kita. Bila skill baik, maka nilai diri juga akan bertambah. Duit pun makin bertambah.

5. Beli emas

Emas tetap bernilai sepanjang zaman. Nilai kenaikan emas juga saban tahun tinggi. Beli dan simpan baik-baik.

Ada baiknya jika tidak menggunakan akaun 3 KWSP ini untuk memenuhi kehendak anda.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Senarai Daschcam Kereta Terbaik Di Pasaran, Pilih Yang Berkualiti!

Sumber: Instagram Azizul Azli Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×