Famili

Perjuangan Cikgu Pedalaman Hias Kelas Anak Murid Macam Kafe Dapat Perhatian

29
SHARES
CIKGU PEDALAMAN

Perkongsian di laman Facebook milik seorang cikgu pedalaman mendapat perhatian apabila dia sanggup mengeluarkan duit untuk menghiasi kelas anak muridnya.

Jelasnya, hiasan kelas tersebut adalah bertemakan kafe dan ia terletak di Sekolah Kebangsaan Kampung Kut Daro, Sarawak.

Baca juga: Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2023 Diumumkan 27 Mei Ini (Isnin)

CIKGU PEDALAMAN: PERJUANGAN HIAS KELAS JADI CANTIK

CIKGU PEDALAMAN

Menurut guru bernama Al Tarmizi, perhiasan dan ubah suai yang dilakukan adalah menggunakan elaun pedalaman yang diberikan oleh kerajaan.

Dari kelas biasa ke yang lebih selesa.  Sempena Hari Guru yang bakal tiba, saya kongsikan sedikit hiasan guru pedalaman buat rakyat Malaysia semua.

Ada orang tanya saya mana pergi gaji cikgu? Saya gunakan sedikit elaun pedalaman untuk cantikkan kelas, ada rezeki lebih kita buat lebih. Bulan 12 nanti ada kenaikan gaji, dapat saya berkongsi lagi.

Tambahnya, suasana ini diwujudkan agar murid-murid dapat belajar secara kondusif dan ini merupakan antara salah satu cara yang boleh dilakukan.

Walaupun di sekolah pedalaman, saya jadikan suasana yang kondusif agar murid-murid seronok belajar. Saya yakin dan percaya ramai rakan-rakan guru diluar sana buat sehabis baik untuk anak didik mereka.

Ramai di antara guru sanggup berhabis wang ringgit untuk anak didiknya. Inilah sekolah saya mula-mula masuk sekolah dahulu tapi itu semua bukan penghalang untuk terus menjadi pendidik.

CIKGU PEDALAMAN

Saya mengajar di sekolah pedalaman Sarawak dan masih menikmati pengalaman hebat ini.

Dia juga mendedah bahawa minat menjadi pendidik timbul sewaktu kecil apabila ayah tercinta ingin bergelar guru namun tidak kesampaian.

Ayah selalu berkongsi cerita ,semasa kecil beliau sangat berminat untuk menjadi guru, tapi apakan daya hanya mampu bersekolah sampai darjah 4 sahaja.

Dari situ, timbul minat saya untuk menjadi guru bagi merelisasikan impian ayah dulu. Saya mempunyai 11 orang adik beradik dan saya anak yang ke-8.

Alhamdulillah 8 orang adik beradik saya menjadikan guru sebagai kerjaya, selebihnya kerjaya masing-masing.

Terima kasih ibu & ayah kerana menjadi guru pertama saya. Terima kasih guru besar yang memberi sepenuh sokongan.

Baca juga: Pekerja Malas & Lembab Tak Sesuai Dapat Kenaikan Gaji, Perlu Dinilai Dahulu

Sumber: Facebook Cikgu Al Tarmizi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×