Famili

Ibu Luah Rasa Sedih & Kecewa Tak Cukup Duit Nak Belikan Hadiah Hari Guru

9
SHARES
HADIAH UNTUK CIKGU

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali tiba sambutan Hari Guru, pasti ada sesi pertukuran hadiah untuk cikgu yang dilakukan oleh murid-murid.

Namun, tidak semua pelajar bernasib baik dan memiliki wang yang cukup untuk membeli hadiah. Hal ini sama seperti yang dikongsi oleh seorang ibu di aplikasi TikTok.

Baca juga: “Jangan Sampai Bermadu…” – Suami Kecewa Isteri Asyik Tolak Nafkah Batin

IBU TAK CUKUP DUIT NAK BELIKAN HADIAH UNTUK CIKGU

HADIAH UNTUK CIKGU

Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh Siti Eainsyah, dia menjelaskan bahawa dirinya merupakan seorang ibu yang tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap.

Kedua-dua anaknya perlu membeli hadiah untuk cikgu namun ketika itu dia tidak mempunyai wang yang banyak di mana hanya ada sebanyak RM26.00 sahaja.

“Rutin seorang ibu yang tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap. Apabila ada anak-anak yang cerdik pandai. Seorang jawab cikgu ramai nak bagi. Seorang lagi jawab, nanti cikgu marah bagi satu je. Ibu dalam kepala risau dah, duit dalam akaun ada RM20 sahaja. Cash ada RM6,” luahnya.

Jadi, si ibu terpaksa menyuruh anak sulungnya untuk membayar sendiri sekiranya ingin ambil lebih. Tambahnya lagi, dia sudah meminta kepada suami untuk membeli hadiah namun hanya satu barang sahaja dibeli.

“Hari isnin ada bagitahu ayahnya, minta tolong belikan hadiah hari guru, dekat sekolah ada majlis pada hari Khamis. Ayahnya ada beli semalam satu seorang, beli key chain. Itu sahajalah,” katanya.

Siti Eainsyah juga menjelaskan bahawa hadiah tersebut tidak cukup dan dia sebagai ibu perlu memikirkan tambahan lain agar lebih meriah.

Lebih menyedihkan apabila si suami mempunyai tanggapan di mana si isteri bukan tanggungjawabnya sehingga tidak memberi wang belanja.

“Ibu tiada hak sikit pun nak minta kepada suami sebab dia anggap isteri bukan tanggungnya. Fahaman dia, isteri bukan tanggungjawab dia untuk berhabis duit. Itu sebab hidup ibu ni susah sangat,” katanya lagi.

Perkongsian video tersebut sudah tentunya meraih pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata memberi kata semangat kepada ibu tersebut.

Baca juga: Bayi Dibuang Jadi Anak, Punca Pasangan Ini Tak Jadi Cerai Sehari Sebelum Puasa

Sumber: TikTok Siti Eainsyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×