Bau bangkai tikus sememangnya boleh mengganggu persekitaran dan membuatkan anda tidak selesa. Jalan penyelesaian bagi masalah ini adalah dengan menggunakan beberapa cara seperti di bawah.
5 cara dikongsikan ini paling berkesan dan tidak mengambil masa yang lama untuk menghilangkan bau busuk tersebut. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Rahsia Edit Gambar Lebih Cerah & Jelas, Mudah Je!
BANGKAI TIKUS BUSUK? INI CARA HILANGKAN BAUNYA
1. Baking soda
Baking soda dan cuka berfungsi untuk menghilangkan bau busuk. Caranya adalah campurkan 1 sudu kecil baking soda dan 2 cawan air. Kemudian goncang sehingga sebati dan sembur di kawasan busuk untuk mengurangkan bau.
2. Penulen udara
Walaupun cara ini agak mahal namun ia berkesan untuk menghilangkan bau di kawasan rumah anda.
3. Serbuk kopi kering
Serbuk kopi boleh menyerap aroma yang tidak menyenangkan. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu letakkan serbuk kopi di dalam mangkuk. Kemudian, biarkan di kawasan berbau untuk mengurangkan bau busuk.
4. Cuka
Cara hilangkan bau bangkai tikus yang seterusnya adalah dengan menggunakan cuka. Hanya perlu tuang cuka ke dalam cawan dan letak di kawasan berbau.
Biarkan beberapa hari sehingga bau betul-betul hilang.
5. Arang
Cara terakhir boleh dicuba untuk menghilangkan bau bangkai adalah dengan menggunakan arang. Letakkan seketul arang di setiap sudut rumah dan biarkan untuk beberapa hari.
Arang akan menyedut bau busuk dan kembali normal.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Buat Sendiri Pelembut Pakaian, Pasti Lebih Jimat Dan Puas Hati!
Sumber: The Spruce