Famili

5 Tempat Simpan Duit Raya Anak, Berbaloi Untuk Masa Depan!

28
SHARES

Dua minggu sudah berlalu, kehangatan Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa dan orang ramai masih tidak melepaskan peluang menghadiri rumah terbuka dan bagi kanak-kanak sudah tentunya gembira menerima duit raya daripada orang ramai.

Ada di antara mereka berhasrat untuk menyimpan kerana mahu membeli sesuatu yang sangat diimpikan seperti permainan. Duit lebihan yang diterima boleh disimpan di 5 tempat yang berbaloi untuk masa depan anak. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak, Barulah Tak Rugi!

5 TEMPAT SIMPAN DUIT RAYA ANAK, BERBALOI UNTUK MASA DEPAN!

Tips simpanan duit raya anak. Ini antara 5 jenis simpanan yang berbaloi dari korang simpan dalam bank biasa gitu je, baik guna jenis simpanan begini. Parents yang tak tahu nak buat saving apa untuk anak boleh refer sini sangat-sangat membantu!

1. SIMPANAN EMAS / AKAUN GAP

Boleh simpan & buka akaun GAP atau Gold Accumulation Program. Konsepnya kita beli emas melalui akaun emas yang disandarkan 100% dengan emas fizikal.

Beli & terus tukar ke dalam gram emas di dalam akaun. Setiap kali beli gram emas akan bertambah. Boleh simpan serendah RM100.

Dengan akaun GAP, tidak ada komitmen. Terpulang bila nak simpan dan nak tambah. Tak semua org mampu beli 10 gram setiap bulan atau 1 dinar setiap bulan, jadi dengan akaun GAP dapat kumpul emas serendah RM100. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

2. AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

Akaun ASB pun kita boleh bukak untuk anak-anak serendah deposit RM10 sahaja dengan purata kadar dividen 5-7% setahun ianya masih relevan untuk menyimpan dekat sini.

Limit untuk asb pun telah dinaikkan jadi RM200k setiap sorang seawal usia kelahiran pun dah boleh bukak dah akaun asb ni dengan hanya membawa surat beranak dan mykid sekali .

3. AKAUN TABUNG HAJI

Deposit serendah RM10 sebagai permulaan dan boleh daftar haji untuk the junior awal-awal serendah RM1300. Selain itu, kadar purata dividen 1-2% setahun. Jom register siap-siap haji untuk anak, boleh depa pi masa muda-muda kan. Nak simpan bila-bila pun boleh. Boleh juga potong direct debit & potong gaji.

4. AKAUN SSPN-iPLUS

Bestnya akaun ni sebab dapat nikmati kadar dividen purata 4% setahun dan dapat juga pelepasan cukai. Ia merupakan tabung pendidikan untuk anak-anak. Ada macam-macam pakej yang ditawarkan di mana ianya termasuk sekali pakej takaful. Korang boleh baca details penuh kat page sspn i. (Bergantung pada budget korang)

5. Simpan melalui SSP Bsn 

Saya prefer simpan di sini berbanding simpan tabung warna di mana ianya lebih selamat dan tak mudah hilang duit tu dan juga boleh join contest SSP BSN tawarkan macam-macam. Tukarkan dari CASH pada Sijil serendah Rm10 dan duit dibekukan selama 45 hari, lepas tu boleh dah nak bawak keluar semula.

Sumber: Facebook Nur Hafiqah Shamsuri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×