Famili

Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak, Barulah Tak Rugi!

58
SHARES

Bila tiba perayaan Aidilfitri, anak-anak yang masih belum bekerja dan dibangku sekolah pasti akan menerima duit raya daripada ahli keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka perlu memastikan duit raya anak disimpan dengan cara betul dan mendatangkan faedah untuk masa akan datang. Hal ini sama seperti perkongsian seorang bapa di laman Facebook sehingga menerima 14,000 shares.

Baca juga: Haram Ambil Duit Raya Anak, Wajib Ganti Semula – Ustaz Azhar Idrus

BAPA KONGSI CARA BETUL SIMPAN DUIT RAYA ANAK, BARU TAK RUGI

Menurut bapa bernama Mohd Arizan, dia memilih Tabung Pendidikan SSPN kerana setiap tahun penyata cukai SSPN boleh digunakan untuk cukai.

Audit duit raya anak-anak done. How to be penunggang duit raya anak-anak dengan cara berhemah?

Cara yang sama setiap tahun adalah, masukkan dalam SSPN. Sebab walaupun itu duit anak-anak, setiap tahun penyata cukai SSPN kita boleh gunakan untuk rebat cukai.

So selain duit anak-anak terpelihara dan mereka dapat dividen, kita jugak dapat ‘side income’ ratusan ringgit setahun akibat dari lebihan pulangan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Jelasnya, sebanyak RM1,800 pelepasan cukai diterima hasil memasukkan duit raya ke dalam akaun SSPN seperti yang dikongsi. Duit lebihan cukai juga boleh digunakan untuk tujuan lain.

3 In 1:

1. Saving anak.

2. Investment anak.

3. Lebihan cukai ratusan ringgit untuk ibu bapa (Boleh bawa anak-anak melancong dan makan KFC)

Untuk tahun lepas 2021, anak-anak dah ‘bantu’ kami untuk pelepasan cukai sebanyak Rm1800 (Maksimum Rm8000). Terima kasih korang.

So moral of the story, jadilah penunggang duit raya anak secara berhemah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak.

Update: Nak register SSPN senang je. Buat melalui online. Taip je SSPN PRIME, dia akan keluar link dia untuk register. Hanya beberapa minit dah siap.

Sumber: Facebook Mohd Arizan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×