Famili

Malaysia Boleh Hilang Keistimewaan Visa Pelancong Jika Ramai Salah Guna

3
SHARES
VISA PELANCONG

Malaysia berisiko tinggi akan hilang keistimewaan jika melanggar undang-undang dan peraturan yang telah di tetapkan oleh Arab Saudi. Hal ini termasuklah menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

Menurut Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman yang merupakan Ketua Rombongan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), dia berharap agar rakyat Malaysia tidak menyalahgunakan visa tersebut.

Baca juga: Hukum Pakai Tudung Ada Tulisan Jawi, Boleh Bawa Masuk Tandas Ke?

VISA PELANCONG BOLEH JADI PUNCA MALAYSIA HILANG KEISTIMEWAAN

VISA PELANCONG

Salah guna visa pelancong tersebut boleh menyebabkan imej Malaysia tercalar sebagai sebuah negara yang menjaga peraturan.

“Setakat ini, rakyat Malaysia diberi keistimewaan untuk mengerjakan umrah menggunakan visa pelancong. Saya nasihatkan rakyat Malaysia agar sentiasa patuh dan ikut peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Dikhabarkan seramai 300 jemaah Malaysia terkandas di Mekah selepas tertipu dengan pakej haji murah yang ditawarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pelaksanaan haji untuk orang luar Arab adalah perlu disertakan bersama visa haji sahaja. Jika penggunaan visa pelancong, ia dianggap tidak sah dari segi undang-undang untuk melakukan haji.

“Visa pelancong, visa umrah, visa perniagaan, visa pelajar dan sebagai semuanya tidak dibenarkan melaksanakan haji melainkan visa haji iaitu visa rasmi bagi setiap negara ataupun mujamalah kepada orang tertentu ini sahaja untuk menunaikan haji,” jelasnya lanjut

Pemantauan dan sekatan jalan raya sudah mula dibuat oleh kerajaan Arab Saudi dan ini bertujuan agar individu yang ada visa haji sahaja dibenarkan masuk kawasan beribadat.

“Saya ingin tekankan sudah menerima beberapa laporan daripada kerajaan Arab Saudi bahawa mereka sudah mula membuat tangkapan kepada agensi yang cuba menawarkan khidmat haji kepada mereka yang datang menggunakan visa pelancong ataupun visa umrah,” ujarnya.

Selain itu, denda sebanyak 10,000 riyal juga akan dikenakan bagi sesiapa yang tidak mematuhi peratuhan dan arahan musim haji.

Baca juga: Bayi Dibuang Jadi Anak, Punca Pasangan Ini Tak Jadi Cerai Sehari Sebelum Puasa

Sumber: Harian Metro Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×