Asuh

Doa Anak Menangis Waktu Malam, Bantu Si Kecil Lebih Tenang Semasa Tidur

18
SHARES
ANAK MENANGIS WAKTU MALAM

Situasi anak menangis waktu malam antara perkara yang sering terjadi dan dihadapi oleh rata-rata ibu bapa. Selain diberikan susu, ibu ayah juga boleh membaca doa seperti dikongsikan di bawah.

Walaupun tiada doa khusus yang boleh dibaca ketika anak menangis waktu malam. Namun boleh sahaja berdoa kepada Allah SWT dengan apa-apa lafaz dan bahasa yang dibenarkan dalam syarak.

Baca juga: Dah Terbiasa Selalu Ambil Wuduk Dalam Tandas, Sebenarnya Boleh Atau Tidak?

DOA ANAK MENANGIS WAKTU MALAM

ANAK MENANGIS WAKTU MALAM

Buat yang tidak tahu, bayi menangis boleh berlaku disebabkan beberapa punca antaranya adalah lapar atau gangguan dari syaitan. Bagi mengelakkan dari gangguan syaitan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan.

Antaranya:

  • Membaca Surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya
  • Membaca Ayat al-Kursi
  • Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas
  • Membaca doa berikut sebanyak 3 kali

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku membacakan doa kepadamu daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepadamu, sama ada daripada kejahatan, iaitu kejahatan mata atau nafsu yang keji. Tuhanlah yang menyembuhkanmu. Dengan nama Allah, aku mendoakanmu.”

Doa dan ayat seperti perkongsian di atas boleh dibacakan pada air kemudian percikkan sedikit kepada anak atau seseorang yang sedang sakit. Ini adalah berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.

Amalan ini boleh dilakukan selalu dan dengan izin Allah SWT dapat menghilangkan rasa sakit serta gangguan terhadap anak kecil.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Ambil Wuduk Tanpa Gosok Air Di Bahagian Anggota Wuduk, Sah Atau Tidak?

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×