Dapur

1001 Khasiat CUKA KURMA Menurut Perubatan Islam, Atasi Banyak Penyakit!

2
SHARES
cuka kurma

Ramai yang mengetahui akan khasiat buah kurma, namun bagaimana pula dengan khasiat cuka kurma? Cuka kurma ialah cuka yang dihasilkan melalui proses penapaian buah kurma.

Menjadi tanda tanya, adakah cuka kurma ini mempunyai khasiat yang sama seperti buah kurma? Justeru itu, penulis ingin kongsikan beberapa khasiat cuka kurma menurut perubatan Islam seperti ditulis oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.

Baca juga: Semua Kena Tahu 5 Fungsi BUAH KERAS Dalam Masakan, Patutlah Sedap Lain Macam!

CUKA KURMA

cuka kurma

Gambar: freepik

KHASIATNYA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa,

“Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari,

“mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.” Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 – 909.

Baca juga: Selain Ubat, Ada 5 Jenis Air Rebusan Untuk Rawat Sakit Pinggang Di Rumah!

Baca juga: Resepi Kuah Puding Mangga Kastard 3 Bahan, Memang Ngam Rasa Lemaknya!

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan,

“Cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

“Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).” Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

Baca juga: Tips Sambal Tahan Lama Untuk Peniaga Kecil, Buat ‘Retort’ Cara Kampung Ini!

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×