Famili

“Nak Beli Semua!”- Abang Ini Jual Pelbagai Menu Sarapan Harga RM1 Guna Motosikal, MURAH!

36
SHARES
makanan murah

Seperti yang kita ketahui, peningkatan harga makanan dan barang keperluan rumah adalah sangat tinggi. Oleh disebabkan itulah, makanan murah tidak boleh dijual seperti zaman dahulu kerana semuanya mahal-mahal belaka!

Tetapi, perjuangan menjual makanan murah masih diteruskan oleh seorang lelaki ini apabila dia menggunakan motosikal untuk menjual pelbagai jenis menu sarapan serendah RM1! Murah sangat!

Baca juga: Kronologi Kes Kematian Bayi Al Fateh, LEMAS Disumbat Botol Susu & Ditekup Muka Oleh Pengasuh

TULAR ABANG MOTOSIKAL JUAL MAKANAN MURAH SERENDAH RM1!

makanan murah

Menarik perhatian ramai apabila ada seorang penunggang motosikal ini yang hanya menjual pelbagai jenis makanan dan minuman bungkus untuk sarapan pagi pada harga yang sangat murah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @jomkitamy, lelaki tersebut dilihat menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 V8 sambil membawa sebuah kotak penyimpanan barang di belakangnya. Ternyata, kotak yang dibawa tersebut digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis air bungkus serta mengikat pelbagai jenis bungkus makanan.

Tidak disangka ramai adalah harga makanan dan minuman yang dijual tersebut semuanya hanya berharga RM1! Terdapat pelbagai jenis makanan seperti karipap, roti susu, bakwan, nasi goreng dan bihun goreng yang hanya dijual RM1. Memang susah nak dapat dengan harga tersebut sekarang ini.

Ramai tertanya-tanya di manakah lokasi abang ini menjual dengan menggunakan motosikalnya? Di ruangan komen mengatakan bahawa kawasan yang sering dikunjungi adalah sekitar Meru, Selangor.

WUJUD KE LAGI ORANG JUAL MAKANAN RM1?

makanan murah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media terkejut dengan harga makanan yang dijual oleh lelaki terbabit. Tidak kurang juga segelintir individu yang mempersoal tentang keuntungan yang diraih lelaki berkenaan memandangkan harga makanan dan minuman tersebut terlalu murah.

Malah, ada juga dalam kalangan penduduk di situ yang mendakwa bahawa lelaki berkenaan sejak 2019 lagi telah berniaga makanan dengan harga RM1. Adakah dia berjaya tanggung keluarga dengan jualan sebegitu?

*Didoakan semoga abang ini berjaya dan laku jualannya namun peringatan untuk orang ramai ketika membeli adalah, jangan beri jumlah duit yang besar kalau belian hanya dalam jumlah kecil. Kasihan abang nak cari duit tukar..

@jomkitamy Semua menu sarapan dia seringgit jer wehh! #Jomkita #Foodie #Sarapan ♬ original sound – Jomkita

Baca juga: Bengang Dipanggil ‘Akak’ & Suruh Guna ‘Puan’ Walaupun Beli Pisang Goreng, Wanita Ini Teruk Dikecam!

Sumber: Tiktok @jomkitamy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×