Famili

Bengang Dipanggil ‘Akak’ & Suruh Guna ‘Puan’ Walaupun Beli Pisang Goreng, Wanita Ini Teruk Dikecam!

29
SHARES
panggilan hormat

Baru-baru ini tular di laman media sosial apabila seorang wanita memberikan pendapat yang dianggap sebagai haknya untuk bersuara mengenai panggilan ‘akak’. Menurutnya, dia tidak menyarankan untuk orang yang tidak dikenali memanggil seseorang itu dengan ‘akak’ dan perlu guna panggilan hormat ‘Puan’.

Nampaknya, ini menjadi topik panas dalam media sosial sehingga ada yang menyatakan bahawa perkara ini tidak perlu diulas dan dibincangkan!

Baca juga: Petua Dapat Zuriat Dengan Mandi Hujan, Pasangan Romantis Ini Mencuba Nasib

KENA GUNA PANGGILAN HORMAT ‘PUAN’ DALAM APA JUA SITUASI

panggilan hormat

Foto: Vecteezy

“Please ya, jangan normalisasi panggil orang akak, tak manis! Sama juga untuk berlainan gender. Kalau tak tahu sangat nak panggil, panggil la ‘puan’ kalau tahu statusnya isteri orang. Kalau tak tahu memadai panggil cik puan. Takkan itu pun kena ajar? Lagi-lagi orang sales, panggil akak ingat konon-konon ramah ke?”

“Boleh je apply even untuk orang jual goreng pisang, itu kita panggil manners (adab). Kalau orang tu dulu bahasakan diri dia akak then okay lah tapi ini nak mulakan perbualan. Bukan semua orang suka dipanggil akak, lagi-lagi orang yang panggil tu nampak lebih berusia”

Menerusi kenyataan yang dibuat oleh wanita tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang meninggalkan komen tidak bersetuju dengannya. Malah, ada juga yang menganggap bahawa perkara ini tidak perlu diambil serius dan bukan masalah besar. ‘Akak’ tersebut pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa seseorang itu hormat dengan kita.

“TAK ADA MASA LAH NAK FIKIR BAB TU!”

panggilan hormat

Foto hiasan: AWANI

Ada juga selingan penjelasan dari pihak netizen yang berniaga mengatakan ramai dalam kalangan peniaga telah cuba menggunakan panggilan ‘Puan’ malah kena marah pun ada. Penah juga panggil ‘cik’ dan turut dimarahi kerana sudah berkahwin tetapi adakah peniaga ada masa untuk menyiasat latar belakang pembeli? Jawapannya adalah TIDAK kerana terlampau sibuk dengan urusan jual beli.

“Kadang kalau terpanggil gitu aku terus minta maaf. Kadang aku abaikan je, tapi panggilan akak ini bagi aku tanda aku hormat customer aku. Sebabnya, mulut ni lagi laju dari mata, panggil akak tapi mata tak nampak lagi muka customer tu rupa apa. Minta maaf la ye..”– netizen

*Ramai yang memberi nasihat bahawa perkara ini tidak perlu dipandang dari sudut negatif dan tidak perlu diperbesarkan. Kalau rasa tak suka dipanggil dengan beberapa jenis panggilan, boleh masak di rumah atau tidak perlu melakukan sebarang interaksi dengan manusia.

Baca juga: Ustaz Hanafiah ‘Bocorkan’ 4 TANDA JELAS Pasangan Terkena Sihir Pemisah, Seram!

Sumber: Taiko, @aziraakila

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×