Meriahnya penjualan makanan di Malaysia ini apabila anda boleh membelinya di mana-mana sahaja tidak kira mahal atau murah. Salah satu lokasi pembelian makanan yang popular dan bajet adalah di gerai tepi jalan yang selalunya menjual kuih-muih serta makanan ringan.
Namun, perlu diketahui bahawa tidak semua pelanggan berpuas hati dengan kualiti makanan yang disediakan gerai kerana ada yang bersih dan tidak. Tapi, kalau dah biasa beli dekat orang sama mesti kita dah tahu kualitinya sehinggalah secara tiba-tiba terjumpa sesuatu yang mengejutkan!
Baca juga: Senarai Amalan Pendinding Diri Untuk Anda Yang Berniaga, Jangan Biar ‘Kosong’ Saja
TERKEJUT BELI KUIH GERAI TEPI JALAN ADA ‘INTI’ TANAH
Melalui perkongsian video oleh seorang wanita bernama Nur Fahtina dalam laman TikTok miliknya, dia menjumpai inti berwarna coklat seakan-akan tanah dalam kuih yang dibelinya dari sebuah gerai tepi jalan.
Disangka mungkin ada inti seperti serunding atau apa-apa jenis inti yang peniaga ingin letakkan namun sangkaan tersebut salah apabila benda lain pula yang muncul. Apabila dikuis-kuis, ada bahagian seperti akar pokok kecil dan ini menyakinkan dia bahawa inti kuih itu adalah tanah!
Difahamkan bahawa Fahtina juga cuba untuk mengoyak kuih atau cucur yang lain namun tidak mempunyai ‘inti’ yang sama. Lagipun, cucur udang sememangnya tidak mempunyai inti di dalam!
NETIZEN CAKAP ITU MUNGKIN SERUNDING, GULA MERAH ATAU SIHIR!
Disebabkan pembelian kuih-muih sebegini sangat sinonim dalam kalangan masyarat kita, sudah semestinya ramai dalam kalangan netizen yang risau. Ada dalam kalangan netizen mengatakan itu merupakan serunding yang tidak sengaja diletak dalam cucur tersebut dan ada juga mengatakan bahawa itu adalah gula merah.
Lebih menyeramkan apabila ada juga yang berpendapat bahawa peniaga telah terkena sihir buatan orang. Lebih-lebih lagi, kuih itu hanyalah cucur dan semua orang tahu bahawa cucur tiada inti di dalamnya.
Tidak habis di situ sahaja, Fahtina tidak duduk diam dan kembali berjumpa dengan peniaga tersebut untuk memberitahu tentang kuih yang dibeli. Mengejutkan bahawa peniaga gerai tepi jalan itu sendiri tidak menyangka adanya tanah di dalam kuih yang dijualnya kerana memang tiada tanah semasa buat adunan sehingga ia digoreng.
@nurfahtinafahtinz Gerai tepi jalan 😵💫 #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – Nour El Ihsan
*Oleh itu, diingatkan kepada anda semua untuk sentiasa berhati-hati semasa membuat pembelian makanan di luar. Baca ayat Qursi jika ragu-ragu dan berjumpa dengan penjual tersebut kalau ada sebarang masalah ya!
Baca juga: Ustaz Kongsi Ciri Adik-Beradik Jenis Busuk Hati, Setiap Keluarga WAJIB Ada Macam Ini
Sumber: Tiktok @nurfahtinafahtinz