Sihat

“Hmm Tak Tahulah Nak Makan Mana…” Rupanya Ini Tanda Anda Ada Masalah Food Anxiety

5
SHARES
Food Anxiety

Tahukah anda, sekiranya terlalu sukar untuk menentukan kedai makan, itu tandanya anda mungkin mengalami masalah food anxiety. Ini bermakna kebimbangan berkaitan makanan dan biasanya risau berkenaan jenis serta kesan makanan ke atas tubuh badan.

Masalah ini boleh menjejaskan kualiti kehidupan dan ia merupakan satu gangguan mental yang disebut kebimbangan berkaitan makanan. Ketahui penerangan lanjut yang dikongsi oleh Dr Ahmad Samhan di bawah.

Baca juga: Doktor Kongsi 7 Tips Tidur Lena Sepanjang Malam, Memang Puas Hati!

ANDA ADA MASALAH FOOD ANXIETY KALAU SUSAH FIKIR KEDAI MAKAN

FOOD ANXIETY

Jom ketahui ciri-ciri golongan food anxiety:

1. Menyekat diri daripada makan makanan atau jenis makanan tertentu secara dramatik.

2. Hanya makan makanan dengan tekstur yang tertentu sahaja.

3. Kurang selera atau minat dengan makanan.

4. Berasa risau atau bimbang yang melampau berkenaan risiko tercekik.

5. Risau akan mengalami reaksi alahan apabila makan sesuatu jenis makanan.

6. Terlalu memilih makanan sehingga menjadi terlalu kronik.

7. Obses dengan berat dan imej tubuh badan.

8. Terlalu menyekat pemakanan kerana tidak pasti apa yang ingin dimakan.

Malah, ada sesetengah dari yang ada food anxiety ini akan mengalami tindak balas fisiologi apabila mereka kerap memikirkan atau menentukan apa yang ingin dimakan.

Antaranya adalah degupan jantung yang laju, bernafas dengan laju, menggeletar atau rasa tidak sedap perut.

FOOD ANXIETY

Adakah sukar menentukan tempat makan juga satu tanda bahawa seseorang itu mengalami food anxiety? Boleh jadi ya, tapi ia bukanlah kemestian.

Kadangkala, kita sukar untuk memilih tempat makan terbaik hanya disebabkan faktor-faktor kecil yang bersifat peribadi sahaja.

Namun, bagi mereka yang mempunyai food anxiety, agak sukar untuk menentukan tempat makan walaupun hanya keluar bersendirian sahaja!

Jika ada individu yang mempunyai gangguan food anxiety di sekitar anda, pastinya anda akan berasa amat sukar untuk mengajaknya keluar makan.

Dapatkan rawatan bersesuaian sekiranya ia terlalu teruk.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Anda Boleh Terkena Penyakit Ini Kalau Makan Garam Lebih 2 Sudu Setiap Hari, Bahaya!

Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×