Famili

Kenali Personaliti Seseorang Melalui Cara Makan, Rupanya Kalau Makan Perlahan…

20
SHARES

Setiap orang ada cara makan masing- masing. Ada yang laju dan ada juga yang perlahan kerana mahu menikmati makanan. Percaya atau tidak, tabiat makan seseorang boleh ‘dibaca’ oleh orang lain untuk mengagak personaliti dan karekter diri anda.

Oleh itu, kami kongsikan 7 jenis cara makan di bawah ini untuk anda baca. Agak-agak sama tak dengan personaliti masing-masing? Hmm…

Baca juga: Kena Pantang 10 Jenis Buah Ini Bila Anak Demam & Asma, Barulah Cepat Sihat

7 JENIS TABIAT MAKAN INI GAMBARKAN PERSONALITI ANDA

TABIAT MAKAN

1. SLOW EATER

Mereka yang makan perlahan-lahan umumnya mempunyai kesabaran yang tinggi. Mereka menikmati setiap gigitan dan menghargai masa makan.

2. FAST EATER

Mereka yang makan dengan laju adalah seorang yang multitasker. Selain itu, mereka juga akan memastikan tidak terlepas tarikh-tarikh penting dan menyelesaikannya sebelum terlambat.

3. MEMENTINGKAN DEKORASI

Jika anda adalah seorang yang mementingkan dekorasi dan presentation yang baik di atas pinggan, itu bermakna anda seorang yang pembersih.

Keadaan di rumah juga pasti sentiasa teratur kerana anda tidak minat dengan keadaan yang huru hara.

4. PICKY EATER 

Seseorang yang jenis memilih makanan difahamkan sangat susah untuk keluar dari zon selasa dalam kehidupan. Biasanya, mereka ini takut untuk meminta sesuatu di restoren kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Walaupu takut akan kegagalan namun semangat untuk belajar sesuatu yang baharu tidak pernah berkurang dan sentiasa berusaha untuk dapatkan sesuatu.

TABIAT MAKAN

5. MESSY EATER

Jika pinggan anda mempunya pelbagai jenis makanan, ini bermakna anda seorang yang suka bergaul. Orang seperti ini sangat mesra dan bertanggungjawab di tempat kerja.

Mereka tahu meluangkan masa dengan orang tersayang. Walau bagaimanapun, perasaan ingin tahu yang tinggi membuatkan kadang-kadang mereka terlupa tarikh penting.

6. EXPERIMENTAL EATERS

Sekiranya anda berani mencuba gabungan makanan yang paling pelik, ini bermakna anda seorang yang berani mengambil risiko dalam hidup dan sedia untuk melangkah keluar dari zon selasa.

7. MENGUNYAH DENGAN KUAT & BERBUNYI

Sesetengah orang yang mengunyah dengan kuat, mereka juga bercakap dengan kuat. Mereka seorang yang ekstrovert, peramah dan tidak peduli dengan apa yang orang lain fikirkan.

Jadi, yang mana satukah diri anda?

Baca juga: 10 Makanan Ini Boleh Bantu Untuk Hilangkan Dahaga & Sejukkan Badan, Fuh Memang Lega!

Sumber: Little Things & Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×