Deko & Hias

Kalau Nak Dapat Dapur Idaman Yang Luar Biasa, Kena Ambil Kira 5 Tips Ini

15
SHARES
idea dekorasi dapur

Impian setiap isteri pasti inginkan dapur yang cantik supaya selesa melakukan kerja di ruangan dapur. Tidak semestinya besar, cukuplah dilengkapi dengan segala keperluan asas agar proses memasak lebih mudah dan cepat. Kalau tak ada idea dekorasi dapur, apa kata ikut sahaja lima tips penting di bawah ini kalau nak dapat dapur idaman yang cantik dan selesa. Barulah hati isteri gembira nak buat kerja. Betul tak?

Baca juga: Tips Pemilihan ‘Decorative Bricks’, Baru Senang Nak DIY & Puas Hati!

IDEA DEKORASI DAPUR CANTIK & SELESA, SEDAP MATA MEMANDANG

idea dekorasi dapur

1. KEPERLUAN 

Apabila bercakap tentang keperluan anda mestilah tahu apa yang nak ada di ruangan kerja setiap kali masuk ke ruangan dapur. Contohnya saiz sinki, jenis paip, suis yang diperlukan dan juga saiz dapur yang diperlukan merujuk kepada kapasiti harian penggunaan dapur itu sendiri.

2. BARANGAN ELEKTRIK 

Sebelum tukang mula buat kabinet, pastikan anda dah ada saiz untuk barang-barang elektrik yang akan diletakkan di dapur untuk memastikan barang ini ada perumah yang sesuai dengan saiz. Ketinggian sesuatu barang biasanya ditentukan dengan saiz fizikal tuan rumah.

Ada orang rendah, ada orang tinggi ada orang guna ukuran standard sahaja. Jika barang ni semua dah ada tukang akan lebih mudah mengatur wiring plug & inlet outlet air pada barang elektrik seperti hood, hub, oven, microwave, washer dan lain-lain.

idea dekorasi dapur

3. BAJET  

Ini antara element yang sangat penting untuk memastikan sesebuah dapur itu luar biasa. Sangat bergantung pada bajet. Biasanya pemilihan material, jubin backsplash, worktop dan finishing berkait rapat dengan kos.

Sebab itu ada banyk jenis material supaya kita boleh menentukan material apa yang sesuai dengan bajet. Finishing seperti blind juga biasanya perlu custom made supaya saiz betul-betul mengikut ruangan yang ada.

4. BABY FAN 

Ramai yang ambil mudah tentang penggunaan kipas di dapur kerana ada sesetengah orang tak setuju. Tapi bagi kami yang meletakkan diri sendiri bila memasak dan membersih amatlah perlu. Cukup sekadar baby fan supaya ahli keluarga tak panas ketika buat kerja di dapur. Boleh pengsan kalau panas sangat!

idea dekorasi dapur

5. INSPIRASI 

Untuk yang ambil tukang biasa-biasa dinasihatkn supaya anda beri contoh agar sampai apa yang diinginkan. Kontraktor biasanya dia ada skop kerja tersendiri seperti pasang kabinet, jubin, buat wiring, paip dan ceiling sahaja. Jadi, bila ambil orang berasingan kena pandai set masa supaya barang boleh sampai sekali gus.

Pemilihan aksesori untuk dapur juga penting untuk menghidupkan ruang tersebut nampak lebih bermakna. Jangan pilih aksesori yang terlalu luar biasa sehingga tidak sesuai diletakkan di bahagian dapur. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Anis Syuhada

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×