Famili

Tips Pulihkan Emosi Si Isteri Yang Stres & Sedih, Baru Kekal Harmoni

13
SHARES

Wanita merupakan makhluk yang luar biasa. Cuba lihat isteri, ibu atau mana-mana sahaja wanita pastinya berasa kagum melihat kecekalan serta ketabahan mereka. Kini, wanita bukan sahaja mempunyai kerjaya tersendiri, mereka juga merupakan tonggak utama rumah tangga dan mampu melakukan pelbagai tugas secara serentak.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan wanita lebih banyak berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan dan emosi setiap hari. Oleh itu, ini merupakan tips yang dikongsikan oleh @byeiramahirah untuk para suami dalam memulihkan emosi dan tekanan isteri.

Baca juga: Cara Tukar Tombol Pintu Sendiri, Senang Je Rupanya!

1. Bantu isteri

Bantu isteri dan sama-sama urus anak dan rumah. Jangan bebankan isteri seorang diri. Hal ini kerana, kerja-kerja di rumah dan menguruskan anak-anak jika dilakukan bersama maka beban yang dirasai pun bersama.

Suami isteri perlu mengetahui bahawa tugas seorang suami adalah masak, basuh pakaian dan mengemas kerana itu merupakan tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri pula hanya lah layan kehendak suami. Tetapi jika suami menyuruh melakukan kerja-kerja tersebut maka isteri wajib melakukan dan bila isteri dah buat, suami kena beri upah.

2. Beri isteri ‘me time’

Sesekali berilah isteri ‘me time’ dan suami ambil alih tugas sementara isteri ‘refresh mood’ dan rehatkan diri.

Kadang-kadang, wanita terlalu banyak menghabiskan masa untuk orang lain dan jarang memberikan fokus kepada diri sendiri. Oleh itu, suami perlu memberikan isteri ‘me time’ agar mereka boleh gunakan masa tersebut untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki seperti menjaga diri mereka, bersenam atau melakukan hobi yang digemari.

3. Ambil hati isteri

Ambil hati isteri dan bawa keluar jalan-jalan. Belikan sesuatu yang dia suka. Belanja makanan sedap dan hiburkan hati bidadari anda.

Sesibuk mana pun suami perlu lah mencari masa yang sesuai untuk diluangkan bersama-sama isteri atau lebih baik pergi ‘dating’. Dengan berbuat sebegitu, sudah cukup membuatkan hati isteri bahagia dan boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

4. Jadi tempat luah

Suami, jadilah tempat dia meluah rasa, tempat bersandar dan teman di saat susah dan senang.

Isteri suka meluahkan perasaan atau ingin bercerita aktiviti yang dilakukan seharian. Tidak kira cerita itu sedih atau gembira, mereka tetap ingin meluahkan. Jadi suami perlu lah setia menjadi pendengar yang baik untuk mereka walaupun tidak memberikan respon.

5. Jangan sakiti hatinya

Jangan sakiti hatinya. Jangan curang dirinya. Berjanjilah untuk setia hingga ke akhir hayat.

Kesetiaan tidak boleh dijual beli. Berkahwin lah dengan seseorang dengan penuh keikhlasan maka perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke jannah.

VIDEO PENUH

@byeiramahirah

6 TIPS PULIHKAN EMOSI ISTERI YANG SEDANG STRES & SEDIH #tips #sebarkankebaikan #fypmalaysia #tiktokmalaysia #tipskeluarga

♬ original sound – Kakpikah – Tiyascarves

Sumber: Tiktok byeiramahirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×