DIY & Kraf

Tips Pemilihan ‘Decorative Bricks’, Baru Senang Nak DIY & Puas Hati!

19
SHARES

Berbicara mengenai proses pembuatan rumah atau tembok hiasan, sudah tentunya kita tahu tidak semudah mengenali huruf. Pelbagai ilmu dan teknik perlu dipelajari terlebih dahulu untuk memastikan penghasilannya memuaskan hati serta seperti yang diidamkan.

Oleh itu, jika anda memasang niat untuk DIY decorative bricks untuk dinding luar atau dapur, boleh cuba tips yang dikongsi oleh pengguna Facebook. Mari kita baca…

Baca juga: Tips Ikat Bata Merah Sendiri Untuk Tembok Rumah, Kemas & Cantik!

TIPS PEMILIHAN DECORATIVE BRICKS, BARU SENANG NAK DIY

Tips pemilihan “decorative bricks” iaitu Facing Bricks atau pun lebih moden yakni Stone Veneer untuk dinding luar, pagar batu atau apa-apa sahaja struktur seperti outdoor table top, flower planter, outdoor bench.

Apa yang perlu difikirkan sekiranya buat cara DIY:

– Jenis surface finishing yakni unplastered menggunakan Facing Brick. Ni nak kena susun cantik-cantik, dengan penggunaan teknik Layering->Gap Measure>-Brushing>-Wet Sponge Wipe->Grouting with Jointer Tool.

Pergi ke kedai hardware, minta Facing Brick yang ade permukaan licin tanpa “burnt marks”, kalau ade pun satu atau dua permukaan sahaja, permukaan lain mesti licin dan warna sekata. Facing Brick atau Facing Clay Brick ni tebal, ikut standard engineering bricks.

– Sekiranya ade budget, boleh guna Stone Veneer dengan pelbagai color, surface profile dan saiz yg boleh dipilih. Stone Veneer ni nipis dan ditampal seperti tiles ke dinding telah siap (unpainted, plastered wall atau direct ke concrete surface yg sudah grooved).

– Jenis susunan bricks seperti Zig-Zag Pattern, Herringbone, Running Bond, Basketweave. Saya pilih Running Bond yakni susunan paling simple tetapi versatile dengan industrial look.

– Jenis acuan bricks yakni sama ada Flat Bricks atau Corner Bricks. Sebab Stone Veneer adalah nipis berbanding standard red bricks, so kita kena beli bahagian Corner Bricks supaya finishing di bahagian bucu nampak natural.

– Keluasan yang diperlukan, ini sangat penting supaya kita tidak terlebih atau terkurang membeli Stone Veneer. Dealer yang bagus adalah yang boleh estimate dan bagi anggaran berapa kotak diperlukan mengikut keluasan yg anda berikan.

Starting point kena penting. Kalau start dah salah, sampai habis akan salah atau senget. Semak betul-betul sebelum pasang grouting. Bila sudah grouting, end of story.

– Jenis simen gam – gunakan Sika Ceram 88 Tiling Premixed.

– Jenis Topcoat – High Gloss Finishing untuk Mansory Bricks.

Hasil selepas grouting dan high glossy topcoat.

Sumber: Facebook アリフ モクタル

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×