Nur

Tips Tunaikan Umrah Waktu Musim Sejuk, Barang No.4 Paling Penting & Jangan Tertinggal!

21
SHARES
TIPS UMRAH MUSIM SEJUK

Secara umumnya, pada bulan November hingga Februari adalah musim dingin di Mekah dan juga Madinah. Suhu boleh mencecah sehingga 5 darjah celcius pada waktu malam dan anggaran 15 darjah celcius pada waktu tengah hari. Sekiranya anda memilih waktu ini untuk ke Tanah Suci, berikut merupakan tips umrah musim sejuk yang perlu dititikberatkan.

Jangan ambil ringan kerana ia boleh mengganggu kesihatan sehingga menyebabkan anda hilang konsentrasi ketika melakukan ibadah.

Baca juga: Jangan Risau Duit Tak Cukup, Ustaz Ini Kongsi Tips Kumpul Duit Pergi Umrah

8 TIPS UMRAH MUSIM SEJUK ANDA KENA AMBIL TAHU

TIPS UMRAH MUSIM SEJUK

1. Baju sejuk

Untuk yang nak pergi hujung bulan Disember sehingga bulan Februari, tolong bawa baju sejuk. Madinah sangatlah sejuk, walaupun tak bersalji macam negara-negara lain yang ada musim sejuk.

Mekah tak berapa sejuk, tapi ada 1 waktu-waktu tertentu yang membuatkan kita terketar-ketar juga. Pastikan bawa baju sejuk yang tidak terlalu nipis atau ringan.

2. Losyen badan & pelembap bibir 

Dua benda ini mesti ada. Cari la yang berkualiti,kurang minyak dan tiada pewangi untuk pakai ketika ihram. Dekat sana memang kena pakai hari-hari. Bibir, kulit kaki dan tangan akan merekah. Kalau dibiarkan, memamg pedih.

3. Face mask/purdah

Yang perempuan boleh pakai niqab jika tak selesa pakai face mask. Tapi pastikan anda bawa banyak helai dan setiap hari kena tukar atau bergilir-gilir menggunakan yang bersih.

Dekat sana udara kering, angin kuat, debu pasir banyak, habuk pembinaan banyak, orang ramai, virus dan bakteria
senang sangat merebak.

Pemakaian face mask  boleh mengurangkan risiko penyakit berjangkit serta melindungi bibir daripada cepat kering.

4. Tips umrah musim sejuk – Kain ihram

Lelaki digalakkan untuk membawa kain ihram tebal supaya dapat memberikan keselesaan kepada anda semasa menunaikan umrah pada musim sejuk.

Perlu diingatkan bahawa lelaki yang sedang berihram dilarang sama sekali untuk memakai pakaian berjahit, bertenun, bercantum, bersarung dan sebagainya.

Oleh sebab itu, kain ihram yang tebal disyorkan untuk keselesaan sepanjang menunaikan Umrah.

5. Sejadah

Lantai di bahagian ruang bumbung atas masjid amat sejuk terutamanya pada musim sejuk. Ruangnya yang terbuka ditambah pula dengan angin kuat menambahkan lagi kedinginan.

Sejadah amat penting kerana sekiranya terlambat atau ruang solat di bahagian bawah penuh, anda terpaksa sembahyang di ruang terbuka ini.

6. Stokin

Kebanyakan kawasan masjid adalah lantai jenis tile, jadi bawalah stokin yang tebal sikit, sebab di sana memang kita banyak berjalan.

Kalau bawa stokin nipis, takut cepat koyak dan tak tahan kesejukan lantai masjid. Boleh juga pakai kasut tawaf, semasa melakukan ibadah tawaf atau saie.

7. Ubat-ubatan

Sediakan ubat-ubatan siap-siap dari Malaysia. Sedikan ubat yang kita biasa ambil dalam keadaan penyakit tertentu. Contoh macam demam, selesema, sakit tekak, batuk, gastrik, cirit-birit dan lain-lain.

8. Mafla

Jemaah lelaki boleh membawa mafla untuk membalut leher bagi mengelakkan rasa sejuk di waktu malam dan subuh.

Semoga bermanfaat dan mendapat umrah yang mabrur.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Pengalaman Tunai ‘Haji VIP’, Pastikan Tidak Ditipu & Pilih Pakej Dengan Betul

Sumber: Facebook Farah Cie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×