Percutian

Tempat ‘Healing’ Baru Di Trong Perak, Sesuai Bawa Anak & Banyak Aktiviti Boleh Buat

926
SHARES
BELANTARA RESORT

Anda tengah mencari port baru untuk bercuti bersama keluarga? Belantara Resort terletak di Trong, Perak merupakan destinasi sesuai kerana persekitarannya sungguh memuaskan dan sesuai untuk kanak-kanak.

Lebih menarik lagi, harga di Belantara Resort ini murah dan berbaloi dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Ikuti perkongsian lengkap oleh Puan Rubi Hasman di bawah.

Baca juga: Itinerari Penuh Trip Ke Phu Quoc Vietnam 5H4M, Bajet Tak Cecah RM1000 Pun. Wow!

BELANTARA RESORT, PORT HEALING BARU SESUAI BAWA ANAK

BELANTARA RESORT

Port healing dalam hutan. View dia cantik sangat. Banyak betul tempat-tempat menarik yang instagramable. Jalan masuk agak menyeramkan sebab lalu kawasan kampung, kebun getah, kebun kelapa sawit dan jalan berbatu yang belum ditar. Tapi jangan risau, jalan dia cantik dan kereta biasa pun boleh masuk.

Masa kami sampai tu hujan, jadi tak sempat nak ambil gambar persekitaran lebih banyak. Lepas hujan dah reda sikit baru bawa anak-anak mandi mini theme park.

Mini theme park dia best. Sesuai untuk anak-anak sebab tak dalam sangat. Mak-mak boleh menyembang di tepi sambil anak anak bermain.

Makan malam dan breakfast disediakan. Termasuk dalam pakej penginapan. Makanan buffet yang bagi saya agak banyak pilihan. Yang paling best, makanan sedap dan saya approved.

BELANTARA RESORT

Makan malam dia ada sediakan sate gemuk, ayam bakar, spagetti bolognese, nasi, lauk ayam, kuey teow goreng dan banyak lagi.  Breakfast pula ada nasi hujan panas, soto, cereal, teh panas, kopi dan macam-macam lagi.

Selain dari theme park, ada playground, sungai, tempat main bola tampar dan lapangan memanah. Kalau nak kayuh basikal atau naik atv pun boleh tapi yang ini ada caj tambahan.

Untuk khemah yang kami duduk, tandas di luar. Tapi tak jauh sangat pun. Tandas pun bersih dan selesa. Kalau ambil chalet, ada tandas di dalam.

Yang paling penting ada line ya dekat sini. Internet laju. Overall bagi saya okay sangat tempat ini. Nama tempat ini adalah Belantara Resort terletak di Trong, Perak.

Baca juga: Wow! Tak Sangka Ada 15 Tempat Menarik Di Tumpat Kelantan, Wajib Anda Kunjungi

Sumber: Facebook Rubi Hasman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×