Nur

Doa Supaya Dapat Kematian Dalam Kebaikan, Amalkan Sebelum Tidur

19
SHARES
DOA MATI DALAM KEBAIKAN

Terdapat beberapa doa boleh dibaca sebelum tidur supaya dijauhkan daripada kehinaan dunia dan juga azab api neraka. Menerusi Facebook rasmi milik Ustazah Asma’ Harun, beliau ada berkongsi mengenai doa mati dalam kebaikan agar bersih dari dosa.

Walaupun ia agak panjang namun sekiranya dibaca setiap hari, pasti anda akan mengingatinya. Jangan lupa ajak ahli keluarga untuk baca sama-sama ya.

Baca juga: Hukum Ambil Wuduk Tanpa Buka Tudung, Ini Caranya Kalau Bimbang Nampak Aurat!

USTAZAH ASMA’ HARUN KONGSI DOA MATI DALAM KEBAIKAN

DOA MATI DALAM KEBAIKAN

Ramai orang fikir ibadah hanya terhad kepada solat, baca al-Quran atau berzikir sahaja, tetapi sebenarnya tidur juga sebahagian daripada ibadah jika diniatkan kerana Allah SWT.

Rasulullah SAW mengajarkan kita satu doa yang terkandung dalam satu hadis apabila kita sampai sahaja di tempat tidur, ambillah masa untuk melakukan sunnah sebelum tidur antaranya berwuduk, baring ke bahagian rusuk kanan lalu membacakan doa ini.

Daripada Al-Bara’ Bin ‘Azib r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ وقُلْ:

Maksudnya: Jika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah seperti mana kamu berwuduk untuk solat, kemudian  berbaringlah di sisi kananmu dan sebutlah:

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ

Ya Allah aku berserah diri pada-Mu.

وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ

Aku serahkan urusanku pada-Mu.

وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ

Aku berlindung kepada-Mu dengan penuh rasa cinta dan takut.

لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ

Tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu.

آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ

Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan

وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan.

فَإِنْ مُتَّ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ فاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُ

Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan.” (HR Bukhari, hadis sahih)

SubhanAllah, inilah bukti penyaksian dan penyerahan diri kita kepada Allah SWT. Semoga Allah Ya Mujib memakbulkan doa ini agar yang berat terasa ringan, susah menjadi mudah, gelisah menjadi tenang dan tenteram, InsyaAllah.

Semoga kita diberi kekuatan untuk beramal dengan apa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW.

Baca juga: Siapa Yang Boleh Mandikan Jenazah Orang Perempuan? Rupanya Besar Tanggungjawab

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×