Nur

Hukum Terus Tunaikan Solat Sunat Tanpa Berzikir Dan Berdoa, Ramai Yang Dah Buat

15
SHARES
BERZIKIR SELEPAS SOLAT FARDU

Umum sedia maklum, selepas selesai menunaikan solat fardu, anda boleh menunaikan solat sunat. Namun yang menjadi tanda tanya adalah apabila seseorang itu tidak berzikir selepas solat fardu dan terus sahaja menunaikan solat sunat.

Perkara ini diulas dengan lebih lanjut di bawah dan diharapkan agar seseorang itu menitikberatkan sesuatu perkara sebelum melakukannya.

Baca juga: Dua Doa Paling Kerap Dibaca Oleh Rasulullah SAW, Jom Sama-Sama Hafal

HUKUM BERZIKIR SELEPAS SOLAT FARDU SEBELUM SOLAT SUNAT

BERZIKIR SELEPAS SOLAT FARDU

Berdoa adalah satu ibadah yang digalakkan. Hal ini kerana perbuatan itu dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bagi menjawab persoalan di atas, amalan berzikir dan berdoa selepas solat fardu sangat digalakkan. Ini adalah berdasarkan beberapa hadis yang mengalakkan perbuatan zikir dan berdoa.

Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah saw menjawab:

جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ

Maksudnya: “(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”

Selain itu Baginda juga bersabda jika seseorang bertasbih etiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia

mengucapkapkan

الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai’in qadiir

Maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.

Jadi, jelas menunjukkan bahawa amalan berzikir selepas solat fardu adalah perkara yang dilazimi dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa para ulama bersepakat bahawa harus berzikir selepas selesai menunaikan solat fardu.

Kesimpulannya, tidak perlu tergesa-gesa bangun selepas menunaikan solat fardu kerana lebih baik jika duduk sebentar dan meluangkan masa dengan berzikir serta berdoa sebelum menunaikan solat sunat.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kelebihan Membaca 2 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah Pada Waktu Malam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×