Famili

Cara Mohon Kemasukan Prasekolah KPM, Dibuka Bermula 1 Mac Ini

30
SHARES
PERMOHONAN BAHARU PRASEKOLAH

Permohonan baharu Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi akademik 2025/2026 akan dibuka bermula 1 Mac 2024 ini.

Terdapat dua kaedah permohonan iaitu secara dalam talian dan secara manual. Maklumat lanjut mengenai permohonan baharu prasekolah KPM boleh ikuti artikel di bawah ini.

Baca juga: Cara Minta Hutang Atau Duit Guna Aplikasi MAE Maybank, Senang Dan Cepat!

PERMOHONAN BAHARU PRASEKOLAH KPM TAHUN 2025/2026

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi iaitu: https://eprasekolah.moe.gov.my

Tarikh pemohonan:

Secara dalam talian: 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024 (Semakan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2024. Tertakluk kepada pindaan)

PERMOHONAN BAHARU PRASEKOLAH

Bagi permohonan secara manual melalui sekolah dimohon, ia dibuka bermula 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024. Ibu bapa boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang dipohon. Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2024 (tertakluk kepada pindaan).

PERMOHONAN BAHARU PRASEKOLAH

Syarat permohonan kemasukan:

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.

Pemilihan sekolah

– Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.

Pemilihan murid

– Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Senarai Cuti Umum Tahun 2024, Dah Boleh Rancang Cuti Dari Sekarang

Sumber: Facebook Rakinah Binti Saad & E Prasekolah KPM

Kredit foto: Prasekolah SK Bandar Utama Damansara 2

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×