Dapur

Resepi Biskut Almond London Matcha Kesukaan Ramai, Makan 1 Balang Mesti Tak Cukup

42
SHARES
BISKUT ALMOND LONDON MATCHA

Setiap kali tiba musim perayaan, biskut almond london sudah tentunya menjadi kegemaran ramai. Sekiranya anda inginkan sedikit kelainan pada raya tahun ini, apa kata cuba resepi almond london green tea/matcha seperti perkongsian di bawah.

Resepi biskut almond london matcha ini mudah sahaja dan buat di rumah sudah tentunya lebih puas berbanding beli di kedai. Betul tak?

Baca juga: Resepi Biskut Nestum Coklat Guna 2 Bahan, Anak-Anak Mesti Suka & Tak Cukup Satu!

BISKUT ALMOND LONDON MATCHA, SEDAP DAN MUDAH JE

BISKUT ALMOND LONDON

Bahan-bahan:

  • 125 gram butter jenama Anchor*
  • 250 gram marjerin*
  • 1/4 tin susu pekat*
  • 1/2 cawan gula icing*
  • 1 biji telur*
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Tepung gandum secukupnya
  • Badam dibakar
  • 160 gram coklat putih
  • Serbuk matcha/green tea

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan bertanda (*) dan kacau sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan telur dan tepung jagung. Gaul sehingga rata.

3. Masukkan tepung gandun mengikut kesesuian doh.

4. Kemudian, leperkan doh dan boleh masukkan badam yang sudah dibakar.

5. Bentukkan biskut mengikut pilihan anda samaada bujur atau petak.

6. Susun doh yang sudah dibentuk di dalam loyang. Bakar selama 20 minit pada suhu 170°C dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

7. Biarkan biskut sejuk seketika.

8. Sementara itu boleh sediakan salutan iaitu cairkan coklat putih menggunakan kaedah double boil. Jangan tambah bahan-bahan lain ya.

9. Bila dah cair sepenuhnya, masukkan serbuk matcha atau green tea sebanyak 2 sudu makan.

10. Gaul sebati dan celupkan biskut yang sudah dibakar sebentar tadi.

11. Akhir sekali, tabur sedikit kacang almond hancur di bahagian atas sebagai hiasan.

Sedia untuk dihidangkan. Mudah sahaja kan?

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Tart Nenas Paling Mudah & Anti Gagal, Hasilnya Memang Tak Mengecewakan!

Sumber: Facebook Che Pah Che Gu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×