DIY & Kraf

Cara Pindahkan Anak Pokok Dengan Betul, Waktu Petang Baru ‘Mustajab’!

4
SHARES

Menanam tumbuhan daripada biji benih adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana ianya merupakan usaha sendiri. Setiap hari tanaman perlu disiram agar dapat bercambah dengan elok dan memberi hasil yang memuaskan.

Apabila tanaman semakin membesar, langkah pertama perlu dilakukan ialah ubah tanaman ke dalam pasu atau ke tanah. Walau bagaimanapun, jika anda seorang beginner perlulah lebih berhati-hati supaya tanaman tidak rosak.

Justeru itu, ikuti langkah demi langkah memindahkan anak pokok seperti perkongsian pengguna Facebook bernama Liyana Mohd Poad.

Baca juga: Cara Senang Nak Tanam Kangkung, Tumbuh Subur & Banyak!

CARA PINDAH ANAK POKOK DENGAN BETUL, WAKTU PETANG BARU MUSTAJAB

Saya share untuk beginner yang masih belum berjaya memindahkn anak anak pokok. Post kali ini terpakai untuk semua jenis anak pokok sama ada anak pokok cili, bendi, terung, bayam, sawi dan lain-lain. Saya share cara pemindahan anak pokok baby pakchoy supaya lebih jelas. 

– Ini anak pokok baby pakchoy yang saya ambil dari tapak semaian. Saya ambil 2 anak pokok yang mmpunyai lebih kurang 5 helai daun. Usia anak pokok ini ialah 15 hari dari tarikh disemai. Medium semaian tanah hitam 6 in 1+sekam bakar.

– Ada 5 helai daun. Akarnya sudah cukup kuat untuk dipindahkan. Anak pokok juga sangat sihat. Kuku saya pun nmpk bersih dan sihat.

– Ini media tanah yang saya gunakan.Tanah 6 in 1+sekam mentah+sesudu tinja ayam proses.Gaul rata tinja bersama tanah dan sekam. Korek lubang 2/4 dari pasu.

– Tanam anak pokok ke dalam lubang. Jarakkan dalam 3-5cm.

– Siap ditanam. Letak dekat tmpat teduh lebih kurang 3-5 hari sebelum diletakkan ke tempat panas.Walaupun teduh, tetapi cahaya pagi masih boleh tembus. Siram dua kali sehari.

– Anak pokok yang siap ditanam. Tanah penuhkn sampai ke atas. Akar biar betul betul tenggelam.

– Selepas seminggu ke sepuluh hari ditanam,pokok perlu diletakkan di tempat panas sepenuhnya. Simptom layu hanya beberapa hari, lepas tu akan ok semula.

Taburkn sedikit baja. Saya syorkn tinja kambing. Selepas dua minggu, boleh tabur baja kopi sesudu. Boleh juga siram tanah dengan mol roti kalau ada.

Pokok baby pakchoy ni berumur 20 hari selepas ditanam. Pemindahan anak pokok perlu dilakukan pada waktu petang ya. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×