Nur

Hukum Suami Lafaz Cerai Ketika Isteri Sedang Sarat Hamil, Memang Tak Sangka!

2
SHARES
CERAI KETIKA ISTERI HAMIL

Kes penceraian di Malaysia dilaporkan semakin meningkat dan itu satu perkara yang membimbangkan. Paling menyedihkan apabila melihat suami sanggup melafazkan cerai ketika isteri hamil.

Namun, pernah tak anda terfikir mengenai perbuatan itu? Adakah haram atau sebaliknya? Ikuti penjelasan lanjut mengenai cerai ketika isteri hamil di bawah

Baca juga: Doa Ketika Ditimpa Musibah Supaya Digantikan Dengan Nikmat Lebih Baik

HUKUM LAFAZ CERAI KETIKA ISTERI HAMIL, INI PENJELASANNYA

CERAI KETIKA ISTERI HAMIL

Terdapat satu hadis yang menjelaskan dua hukum iaitu haram melafazkan talak sewaktu isteri sedang haid dan harus sewaktu isteri sedang hamil.

Pandangan ini juga dipegang oleh mazhab Syafie dan majoriti ulama yang lain. Talak sewaktu isteri sedang hamil terletak di bawah kategori talak yang bukan sunni, dan bukan bid’ie, maka hukumnya adalah harus.

Hal ini kerana ‘iddahnya tertakluk kepada kelahiran kandungan, bukan kepada haid. Namun, jika tidak terzahir pada wanita tersebut tanda-tanda kehamilan, maka ia menjadi talak bid’ie.

Namun pendapat yang dianggap kuat adalah pendapat majoriti ulama yang mengharuskan penalakan wanita yang sedang hamil. Iddah bagi wanita hamil yang ditalak adalah sehingga dia melahirkan kandungannya sebagaimana firman Allah SWT berikut ini:

وَأُولاتُ الأحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ

Maksudnya: “Wanita-wanita yang hamil, waktu iddah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka.” Surah al-Thalaq (4)

Isteri yang diceraikan ketika hamil, juga layak mendapatkan kemudahan lain seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan apa-apa perbelanjaan lain.

Walaupun hukum lafaz cerai ketika hamil adalah harus dan tidak haram namun, seorang suami yang baik perlu mengambil kira pelbagai aspek lain sebelum melafazkannya.

Hal ini kerana wanita sedang sarat hamil pasti akan kerap keletihan dan tekanan perasaan sehingga menyebabkan risiko kepada bayi dalam kandungan dan mengganggu kesihatan ibu.

Perlu diingatkan bahawa sebarang urusan berkaitan perceraian hendaklah dirujuk kepada mahkamah Syariah, yang merupakan pihak berkuasa dalam undang-undang keluarga Islam.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Doa Meminta Rezeki Tunaikan Umrah Dan Haji, Semoga Dapat Jadi TetamuNya…

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×