Asuh

Ibu Kongsi 5 Tips Didik Anak Jadi Soleh, Dapat 15K Shares!

23
SHARES
DOA ANAK SOLEH

Selain didikan ibu bapa yang memainkan peranan penting, doa anak soleh juga boleh diamalkan seperti yang dikongsikan di bawah.

Mudah sahaja dan insyaAllah dengan izinNya segala hajat ditunaikan oleh Allah SWT. 5 tips di bawah ini boleh diamalkan setiap hari.

Baca juga: Senarai Rancangan Kartun Yang Ada Unsur Negatif, Elak Anak Tengok!

BACA DOA ANAK SOLEH INI DAN AMALKAN SELALU

DOA ANAK SOLEH

1. Bangun pagi, peluk anak sekurang-kurangnya 3 kali dan usap kepalanya sambil berselawat serta niat di dalam hati. Bergantung kepada niat masing-masing.

2. Lembutkan hati anak dengan membaca beberapa surah di bawah.

  • Surah al-Fatihah
  • Surah al-Hasyr (ayat 21-24)
  • Surah Taha (ayat 1-5)
  • Ayat Kursi
  • Zikir ya Latif

Kemudian, hembus pada ubun-ubun, makanan dan pakaian.

3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus.

  • Ya ‘Aziz
  • Ya Jabbar
  • Ya Mutakabbir

4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai iaitu surah Ibrahim, ayat 40.

5. Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya baca setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.

Semoga bermanfaat dan ibu bapa di luar sana boleh cuba tips doa anak soleh seperti perkongsian di atas.

Baca juga: Jangan Sesekali Marah Anak Pada 5 Waktu Ini, Boleh Buat Mereka Jadi Pendendam!

Sumber: Facebook Bashirah Abdul Azizi & Wan Musyahadah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×