Nur

Doa, Manfaat & Tatacara Yang Betul Cukur Rambut Bayi Dalam Islam, Jangan ‘Bedal’ Je!

16
SHARES
doa cukur rambut bayi

Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan dalam adat orang Melayu dan Islam, dilakukan acara memotong atau mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan. Bahkan, adat ini turut disertakan dengan doa cukur rambut bayi dan tatacara yang betul dalam Islam supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Dalam hal ini, mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan adalah tidak wajib, tetapi ia adalah sunat muakkad bagi bayi lelaki dan perempuan. Sunat muakkad bermaksud pelaksanaannya sangat dianjurkan atau hampir kepada wajib.

Baca juga: Si Manja Suka Masukkan Objek Dalam Mulut? Mama Papa Kena Buat 5 Langkah Ini

DOA CUKUR RAMBUT BAYI SERTA CARA DAN MANFAAT DALAM ISLAM

doa cukur rambut bayi

Mencukur rambut bayi ternyata mempunyai faedah di sebaliknya. Antara faedahnya ialah proses mencukur rambut sejak dari dalam kandungan ini dapat menghilangkan keburukan dan menggantikannya dengan rambut yang lebih bersih dan kuat. Dalam kitab At-Tuhfatul Maulud, Ibnu Qayyim Rahimullah berkata:

Ia menghilangkan keburukan daripadanya dan menghilangkan rambut yang lemah dan menggantikannya dengan rambut yang lebih kuat, yang lebih tegang daripada sebelumnya, dan lebih baik untuk kepala seseorang. Bersama-sama ini, terdapat kelegaan untuk anak dan pembukaan pori-pori pada kulit kepala supaya wap yang tidak menyenangkan dapat melarikan diri dengan mudah. Dan di dalamnya terdapat pengukuhan penglihatan, saluran hidung, dan pendengaran.

Oleh itu, berikut merupakan doa sebelum memulakan proses mencukur rambut dan selepas mencukur rambut bayi serta tatacara dari A-Z.

1.Doa mencukur rambut bayi

Sebelum ibu bapa memotong rambut si kecil, bacakan doa berikut untuk mencukur rambut bayi:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ أَللهم نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَنُوْرُالشَّمْسِ وَالْقَمَرِ اللهم سِرُّ اللهِ نُوْرُ النُّبُوَّةِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillhi robbil ‘alamin. Allahumma nurus samawati wa nurusy syamsyi wal qamari. Allahumma sirrullahi nurun nubuwwati rosulullahi shollallahu ‘alaihi wa sallama wal hamdu lillahi robbil ‘alamina.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, cahaya langit, matahari dan bulan. Ya Allah, rahsia Allah, cahaya kenabian Rasulullah SAW, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

2.Doa seteleh selesai cukur rambut

Selepas selesai mencukur rambut, Mama dan Papa boleh meniup mahkota/kepala bayi sambil membaca doa memohon perlindungan seperti berikut:

للَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Allâhumma innî u’îdzuhâ bika wa dzurriyyatahâ minasy syaithânir rajîm

Maksudnya:“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan untuk dia dan keluarganya dari syaitan yang terkutuk.”

Tatacara mencukur rambut bayi

doa cukur rambut bayi

1.Baca doa sebelum mencukur rambut bayi supaya proses berjalan lancar dan diberkati.

2.Pastikan bayi tidur sebelum mencukur rambutnya.

3.Pastikan bayi berada dalam anduh/didukung, kemudian sokong kepalanya menggunakan tangan anda dengan tuala lembut.

4.Basahkan rambut bayi supaya proses pencukuran tidak merebak ke kulit sensitif.

5.Mulakan dengan mencukur rambut yang paling panjang dahulu.

6.Selepas semua rambut yang paling panjang telah menjadi pendek, basahkan semula kepala bayi dengan air suam kemudian gunakan pisau cukur untuk mencukur rambut pendek yang tinggal.

7.Gerakkan pisau cukur ke arah menegak dan jangan tekan terlalu kuat.

8.Jika luka berlaku pada kulit kepala bayi, bertenang dan segera gunakan ubat antiseptik.

9.Peringkat akhir, Mama atau sesiapa sahaja yang tolong untuk mencukur boleh membaca doa selepas mencukur rambut bayi sebagai penutup sambil meniup ubun-ubun kepalanya.

Ada Larangan Dalam Islam!

Mungkin masih ramai dalam kalangan kita yang tidak cakna mengenai isu ini namun, dalam ajaran Islam ada larangan mencukur sebahagian rambut bayi dan meninggalkan selebihnya. Dalam istilah agama Islam, tindakan ini dinamakan ‘qoza’. Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Ibnu Umar RA pernah berkata:

“Nabi SAW melarang qoza’. Aku (Umar bin Nafi’) berkata kepada Nafi’, “Apakah qoza’ itu?” Lalu Nafi’ menjawab, “Qoza’ ialah mencukur sebahagian daripada kepala anak kecil dan meninggalkan bahagian yang lain.” (HR Muslim).

Menurut pandangan jumhur ulama, ‘qoza’ adalah makruh jika rambut yang dicukur itu dicukur di tempat yang berbeza, contohnya dicukur di bahagian depan dan belakang, manakala bahagian tepinya tidak dicukur.

*Selamat mencukur rambut bayi!

Baca juga: Anak Menangis & Menjerit Pada Waktu Malam, Mak Ayah Boleh Hembus Doa Ini Di Ubun

Sumber: PopMama.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×