Nur

Isteri Guna Tabung Sperma Suami Dah Meninggal Untuk Hasilkan Bayi Tabung Uji, Hukumnya?

1
SHARES
bayi tabung uji

Sejuk beku sperma atau biasanya dipanggil perbankan sperma atau bank sperma adalah prosedur pembekuan sel-sel sperma seorang lelaki. Pembekuan sperma boleh dilakukan oleh lelaki yang ingin menyimpan sperma untuk kegunaan masa hadapan bagi menghasilkan bayi tabung uji.

Namun, proses ini mewujudkan banyak persoalan bagi yang belum dan sudah melakukan proses perbankan sperma. Khususnya buat si isteri, adakah sperma untuk hasilkan bayi tabung uji ini boleh digunakan bila-bila masa sahaja?

Baca juga: Jika Wanita Berkahwin Banyak Kali, Di Syurga Nanti Akan Bersama Suami Yang Mana?

HASILKAN BAYI TABUNG UJI GUNA SPERMA SUAMI DAH MENINGGAL, BOLEH KE?

bayi tabung uji

Berdasarkan proses perbankan sperma ini, ada orang bertanyakan tentang isu bayi tabung uji. Sepasang suami isteri menyimpan 7 tabung sperma untuk bayi tabung uji dan tiba-tiba suami itu meninggal. Adakah boleh terus disenyawakan dengan ovum isteri setelah ketiadaan suami?

Bagi mengurangkan kekeliruan dan tindakan yang luar dari ajaran agama Islam, Mufti Wilayah Persekutuan tampil untuk menjelaskan tentang isu ini. Menurutnya, DIHARAMKAN bagi seorang balu menggunakan air mani suami yang telah meninggal dunia bagi tujuan menghasilkan bayi tabung uji.

Hal ini kerana, sesuatu hubungan perkahwinan itu tamat apabila suami telah meninggal dunia. Justeru, benih lelaki yang disimpan sebelum kematian tidak boleh digunakan oleh isteri untuk tujuan persenyawaan dan kehamilan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 November 1982 dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-6 yang bersidang pada 10 Oktober 1983 telah membincangkan Bayi Tabung Uji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

-Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara ‘terhormat’ adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah.

-Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.
Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara ‘terhormat’.

-Antaranya kaedah bayi tabung uji yang diharamkan ialah menggunakan air mani suami yang disimpan Bank Sperma kemudian digunakan oleh isteri selepas kematian suami untuk tujuan kehamilan.

Konklusinya, pihak Mufti bersetuju dengan pendapat ini bahawa tabung uji yang berisi air mani suami yang sudah meninggal dunia tidak boleh lagi digunakan dan hendaklah dihapuskan. Jadi, jangan ada pihak yang mengambil ringan tentang isu ini ya!

bayi tabung uji

Baca juga: Tahniah! Anda Disahkan Hamil Jika Mengalami 25 Tanda-Tanda Ini, Check Cepat

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, MyHealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×