40 Minggu

Rawatan IVF Rahmah Rakyat Untuk Bantu Pasangan Berkahwin Dapat Cahaya Mata

17
SHARES
IVF Rahmah Rakyat

Metro IVF, terletak di Setiawalk, Puchong ada menawarkan rawatan IVF Rahmah Rakyat untuk pasangan berkahwin yang belum dikurniakan zuriat.

IVF atau istilah lain ‘bayi tabung uji’ adalah proses di mana telur dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan dengan sperma di dalam makmal.

Baca juga: Ibu Jangan Panik Bila Ada Cyst Ketika Hamil, Ini Info Anda Kena AMBIL TAHU

METRO IVF TAWAR PERKHIDMATAN IVF RAHMAH RAKYAT

IVF RAHMAH RAKYAT 

Embrio tersebut kemudian akan diletakkan ke dalam rahim isteri. Kaedah IVF biasanya boleh menjadi penyelesaian kepada masalah kesuburan seperti sperma tidak mampu untuk bersenyawa, kiraan sperma rendah, keadaan rahim dan endometriosis.

Faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan kandungan dan kadar kelahiran di kalangan pesakit IVF adalah umur ibu. Umur optima untuk menjalani rawatan ini adalah pada umur 23 hingga 42 tahun.

Antara faktor kegagalan rawatan IVF adalah ketidakstabilan hormon, kualiti sperma, merokok, BMI tidak normal, tekanan darah tinggi, diabetes dan kuantiti serta kualiti embrio ketika dimasukkan ke dalam rahim ibu.

Umum mengetahui, rata-rata pusat rawatan yang menyediakan kaedah IVF menawarkan harga anggaran bermula dari RM10,000 sehingga RM20,000 mengikut kitaran yang diperlukan.

Namun, sejajar dengan inisiatif Payung Rahmah Belanjawan 2024, Metro IVF menawarkan pakej IVF Rahmah Rakyat kepada golongan B40 yang sedang cuba untuk hamil.

IVF RAHMAH RAKYAT 

Peruntukan ini akan memberi peluang kepada 280 pasangan untuk menerima subsidi rawatan IVF pada harga mesra rakyat di samping mempunyai kadar kejayaan yang tinggi.

Pembiayaan kos rawatan IVF Rahmah Rakyat di Metro IVF adalah berharga RM7500 sahaja. Diharapkan dengan harga tersebut dapat membantu anda mencapai impian memiliki sebuah keluarga bahagia.

Program IVF Ramah Rakyat akan merangkumi kos:

  • Yuran doktor pakar
  • Konsultasi & imbasan ultrasound dalam kitaran IVF
  • Yuran doktor bius
  • Bilik bedah & wad
  • Perkhidmatan jururawat
  • Caj makmal kesuburan
  • Ubat dan suntikan stimulasi telur
  • Prosedur pengutipan telur (OPU)
  • Intra-Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
  • Pengkulturan embrio & blastosis
  • Pemindahan embrio segar
  • Ubat sokongan luteal 10 hari selepas pemindahan embrio
  • Ujian darah BhCG kehamilan

Kelayakan untuk memohon adalah:

  • Pasangan warganegara Malaysia
  • Jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,500 sebulan
  • Berumur tidak melebihi 42 tahun
  • Pasangan yang masih belum mempunyai zuriat

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh klik link ini: https://www.metro.com.my/ivf-rahmah-rakyat/

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ibu-Ibu, Jangan Salah Teknik Bila Perah Susu Guna Tangan. Nanti Melecet & Bengkak!

Sumber: Metro IVF & MyHEALTH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×