40 Minggu

Berada Dalam 7 Situasi Ini? Segera Jumpa Pakar Kesuburan, No. 4 Itu Selalu Dianggap Biasa!

17
SHARES
rawatan kesuburan

“Rasanya macam aku dah nak kena buat rawatan kesuburan ni..dah banyak kali cuba hamil tapi masih kecewa..”

Sudah lebih 5 kali melalui proses percubaan untuk hamil namun masih tidak ‘melekat’, lantas kecewa. Inilah masanya apabila anda dipenuhi dengan saranan orang sekeliling untuk melakukan rawatan kesuburan bagi mendapatkan keputusan yang sahih. Tapi, anda pula yang tertanya-tanya adakah rawatan ini perlu atau perlu tunggu sahaja?

Baca juga: Cara Nak Bezakan Darah Haid Atau Darah Keguguran, Kena Tahu Supaya Tak Menyesal!

BILA KENA BUAT RAWATAN KESUBURAN DAN JUMPA FERTILITY SPECIALIST?

rawatan kesuburan

Mengetahui masa untuk berjumpa pakar kesuburan adalah penting apabila anda sedang TTC. Ini kerana, berjumpa pakar pada masa yang sesuai boleh membantu anda mengembangkan keluarga anda dengan lebih cepat, dan mengurangkan tekanan dan kecewa.

1.Dah TTC lebih setahun dan lebih

Pakar menjangkakan kira-kira 85% orang akan hamil dalam tempoh satu tahun mencuba, kata Dr. Kimberly Keefe Smith. Proses mencuba selama setahun apabila anda berumur di bawah 35 tahun, mempunyai kitaran haid biasa dan tahu bila untuk menjangkakan haid anda, dan tidak mempunyai sebarang gejala lain yang tidak normal.

2.Bila usia dah lebih 35 tahun, dah TTC lebih dari 6 bulan

Wanita yang berumur 35 tahun ke atas jangan teragak-agak untuk berjumpa pakar kesuburan. Wanita yang berminat untuk melakukan ujian kesuburan, hamil sendiri, atau telah mencuba selama enam bulan atau lebih dengan pasangan mereka dan masih belum hamil harus mempertimbangkan bagi mendapatkan penilaian dengan doktor ketidaksuburan.

3.Usia lebih dari 40 tahun dan ingin hamil

Menjelang umur 40 tahun, Dr. Keefe Smith berkata kualiti dan kuantiti telur akan semakin merosot. Bukan itu sahaja, dengan kebanyakan orang yang berumur lebih dari 44 hanya mempunyai peluang 5% untuk hamil dengan telur mereka sendiri jadi inilah masanya untuk berjumpa pakar.

4.Haid tak teratur dan sakit

Orang yang tidak mempunyai kitaran haid tetap harus mendapatkan penjagaan kesuburan lebih awal. Hal ini kerana ia boleh menjadi tanda anda tidak mengalami ovulasi secara normal, yang akan mengganggu keupayaan anda untuk hamil kelak.

5.Kalau pernah ada sejarah chemotherapy

Rawatan kanser sukar pada badan, dan boleh memberi kesan kepada kesuburan pada lelaki dan wanita.

6.Masalah PCOS atau Thyroid

Ramai yang tahu bahawa kedua-dua diagnosis ini selalunya timbul sebagai cabaran yang dihadapi oleh pesakitnya sendiri dalam perjalanan mereka untuk hamil.

7.Kalau teringin nak bekukan telur

Jika anda ingin mempunyai anak suatu hari nanti, tetapi bukan sekarang, anda perlu bekerjasama dengan pakar endokrinologi reproduktif untuk melakukannya iaitu dipanggil ‘Egg Freezing‘.

rawatan kesuburan

*Jika anda mencuba dan mencuba tetapi masih tidak hamil, sudah tentu anda akan tertanya-tanya sama ada bolehkah menjalani ujian ketidaksuburan ini dan bukan hanya sekadar bimbang, menunggu, dan meneka?

Ini bermakna anda mungkin juga akan tergoda dengan kit ujian kesuburan di rumah (jika ada). Malangnya, pakar mengatakan bahawa tidak ada ujian di rumah yang tepat untuk mengukur sama ada anda subur atau tidak.

Baca juga: Keguguran Ini Setiap Kali Hamil Supaya Cubaan Seterusnya Berjaya ‘Lekat’!

Sumber: Romper.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×