Famili

Cadangan Waktu Perjalanan Hari Raya Untuk Pengguna Lebuhraya Pantai Timur

1
SHARES
lebuhraya pantai timur

ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) mengeluarkan Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) untuk cuti Aidilfitri yang bersambung dengan cuti persekolahan dan cuti umum Hari Buruh.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan kesesakan kerana aliran trafik dijangka meningkat kepada 3 juta kenderaan.

Baca juga: Elak Kesesakan Di Lebuhraya Utara-Selatan, Ini Cadangan Waktu Perjalanan Untuk Anda

CADANGAN WAKTU PERJALANAN PENGGUNA LEBUHRAYA PANTAI TIMUR

Bermula tarikah 19, 20, 21 April 2023, pengguna lebuh raya dari Lembah Klang memasuki Plaza Tol Gombak mempunyai dua opsyen.

Opsyen pertama sekiranya anda menghala ke Pahang dinasihatkan bergerak jam 10 pagi hingga 2 petang. Untuk Terengganu dan Kelantan adalah jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Lebuhraya Pantai Timur

Opsyen kedua untuk bergerak ke Pahang pula adalah jam 8 malam hingga 11 malam sama seperti Terengganu. Kelantan pula bermula jam 5 petang hingga 8 malam.

Untuk perjalanan menghala ke Lembang Klang bermula 24, 25, 30 April dan 1 Mei, sekiranya anda dari Pahang, ANIH Berhad mencadangkan pada jam 8 pagi hingga 10 pagi atau 3 petang hingga 5 petang.

Untuk Terengganu, perjalanan pulang ke Lembah Klang dinasihatkan pada jam 11 pagi hingga 1 petang atau 6 petang hingga 8 malam. Kelantan pula pada jam 3 petang hingga 5 petang atau 10 malam hingga 12 tengah malam.

Pastikan baki e-Wallet dan kad Touch N’Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan demi mengelakkan sebarang masalah  ketika di plaza tol.

Hati-hati di jalan raya!

Sumber: Facebook Lebuhraya Pantai Timur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×