Famili

Elak Kesesakan Di Lebuhraya Utara-Selatan, Ini Cadangan Waktu Perjalanan Untuk Anda

3
SHARES
CADANGAN WAKTU PERJALANAN

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk balik kampung dan kembali ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara-Selatan pada 19 April hingga 1 Mei 2023.

Ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan anda merancang perjalanan sebelum bergerak.

Baca juga: Kesian Si Bulus Tinggal Sorang Di Rumah, Ini 15 Tips Bawa Kucing Travel Balik Kampung

CADANGAN WAKTU PERJALANAN HARI RAYA AIDILFTRI

CADANGAN WAKTU PERJALANAN

Bagi pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kuala Kangsar-Bukit Merah) dan Johor, dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 9:00 pagi.

Sekiranya anda menuju ke lokasi lebih dekat seperti Perak (Tanjung Malim-Ipoh), Negeri Sembilan dan Melaka dinasihatkan memasuki lebuh raya di antara jam 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang.

Perjalanan kembali ke Lembah Klang di antara 19 April hingga 1 Mei, pengguna lebuh raya daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi.

Penggunaan aplikasi PLUS, Waze dan Google Map juga boleh membantu pengguna lebuh raya mendapatkan maklumat trafik terkini.

Kemudahan awam seperti tandas, stesen minyak di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan surau dibuka 24 jam setiap hari bersempena musim perayaan Aidilfitri untuk keselesaan pengguna lebuh raya.

Akhir sekali, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan baki e-Wallet bagi transaksi RFID dan baki kad Touch ‘n Go sentiasa mencukupi.

Pandu cermat, jiwa selamat!

Sumber: PLUS Malaysia Berhad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×