Famili

Cara Pasang RFID Dengan Betul, Baru Boleh Fungsi!

213
SHARES

Pelaksanaan RFID di tol seluruh Semenanjung Malaysia bermula 15 Januari lepas bagaimanapun telah menyebabkan kesesakan di beberapa plaza tol. Hal ini kerana terdapat beberapa masalah seperti palang besi tidak dibuka dan menyebabkan pemandu harus mengundurkan kereta.

Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku berulang kali, mari kita cuba cara pasang RFID dengan betul seperti perkongsian pengguna Facebook dikenali sebagai Solihin Razali.

Baca juga: Cara Beli Sticker RFID & Aktifkan Online Di Touch N Go Apps

CARA PASANG RFID DENGAN BETUL, BARU BOLEH FUNGSI

RFID pasang di toll, mereka test guna scanner RFID manual:

– pasang dekat windscreen tak detect (katanya sebab ada tinted, kejap bunyi kejap tak bunyi)

– pasang dekat lampu tak detect (kejap bunyi kejap tak bunyi)

End up mereka pasang sebelah number plat, bunyi scanner berterusan detected walau dari pelbagai angle. Saya mula-mula tu ragu-ragu juga, boleh detect ke tidak ni.

Tapi so far dah seminggu ulang alik office, tak pernah sangkut lagi, dan yg paling seronok adalah palang buka lebih awal. Kereta saya sebelum ni pasang di windscreen, rapat dengan palang baru bukak, but this time, puas hati! Siapa lagi geng RFID tepi plat?

*Nampaknya lepas ini boleh la cuba letak sticker RFID di tepi nombor plat. Baru palang besi boleh terbuka.

Sumber: Facebook Solihin Razali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×