Baru-baru ini Kementerian Kerja Raya telahpun mengumumkan pelaksanaan RFID di tol seluruh Semenanjung Malaysia mulai 15 Januari 2022.
Dengan pelaksanaan ini, dimaklumkan juga bahawa penggunaan kad Touch n Go dan Smart Tag akan dihentikan secara berperingkat.
Mungkin ada yang rasa tak seronok dengan berita ini, tapi ia sebenarnya salah satu langkah untuk membantu mengurangkan kesesakan di lebuhraya.
Apakah RFID?
Pelekat TNG RFID, juga dikenali sebagai TNG RFID Tag, mempunyai cip frekuensi radio yang tertanam dan dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan. Satu (1) Tag hanya boleh didaftar dan dipasang ke satu kenderaan sahaja.
Apabila kenderaan melalui tol, pengimbas overhead akan membaca frekuensi radio dari TNG RFID Tag dan caj tambang tol. Tag tersebut akan didaftar dalam Touch ‘n Go eWallet pengguna dan tambang tol akan ditolak daripada baki Touch ‘n Go eWallet tersebut.
Perbezaan Smart Tag & RFID
SmartTAG | TNG RFID Tag |
Satu unit peranti | Pelekat/Tag |
Dipasang ke cermin depan dengan pendakap | Dilekatkan pada cermin atau lampu depan kereta |
Menggunakan isyarat inframerah untuk diimbas di lorong tol | Menggunakan frekuensi radio untuk diimbas di lorong tol |
Menggunakan bateri | Tidak perlu bateri |
Berfungsi dengan memasukkan kad Touch ‘n Go | Berfungsi setelah telah didaftar dalam aplikasi TNG eWallet |
Boleh berfungsi dengan apa-apa kad Touch ‘n Go | Hanya boleh berfungsi dengan aplikasi TNG eWallet |
Tambang tol ditolak daripada kad Touch ‘n Go yang dimasukkan | Tambang tol ditolak daripada akaun TNG eWallet yang didaftar |
Tidak perlu sebarang pemasangan | Boleh dipasang oleh juruteknik di pusat pemasangan ataupun dipasang sendiri mengikuti langkah-langkah |
Tidak perlu diaktifkan | Perlu didaftar & diaktifkan dalam aplikasi TNG eWallet |
Boleh digunakan untuk mana-mana kereta | Hanya boleh digunakan untuk kereta yang dipasang & didaftar sahaja |
Nak tak nak kena jugak mohon sticker RFID tol.
Tentu ada yang dah tahu dan ada juga ramai yang tak tahu cara nak dapatkan sticker RFID dgn aktifkan sekali.
Anda boleh ikut langkah dibawah ni.
Pastikan sebelum apa2,isi dulu duit dlm ewallet Touch n Go RM30 ye sebab harga 1 stickernya RM29 dengan penghantaran.
Bila sticker dah sampai, anda boleh aktifkan terus ikut step 7,8 & 9 dan dah boleh guna.
Cara Pasang
Untuk tampal stickernya atau tag RFID ni di kereta ada 2 cara.
Boleh pilih sama ada :
- Tampal kat bahagian lampu sebelah kiri (bhgn penumpang)
- Cermin kereta sebelah kiri tp tampal bahagian luar ya & jangan kena wiper.
Selamat mencuba!
Sumber: Fizal Hafiz, Touch n Go RFID Portal