Walaupun penggunaan Touch ‘n Go RFID telah diperkenalkan beberapa tahun lepas, namun masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu cara pasang RFID di lokasi yang betul atas kereta. Inilah yang menyebabkan berlakunya kesesakan di kawasan tol kerana palang tidak dapat dibuka!
Sudah semestinya pekerja pemasangan yang akan tolong pasang RFID namun anda juga perlu ada pengetahuan supaya pengesanan tag RFID pada kereta anda berjalan lancar. Jadi, ini merupakan tip yang dikongsikan.
Baca juga: Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Caranya
CARA PASANG RFID SUPAYA SENANG NAK ‘DETECT’ DI TOL
Antara yang berkongsi info tersebut adalah, Solihin Razali, mengatakan bahawa memasang tag RFID bersebelahan dengan nombor plat lebih mudah dikesan. Ini menurut pengalamannya yang telah mencuba pelbagai jenis lokasi tampalan rfid di keretanya.
Sudah semestinya, tag RFID ini bukan dipasang sendiri tapi tag itu dipasang oleh pekerja tol di mana ia diuji terus dengan menggunakan pengimbas RFID manual. RFID pasang di tol dan mereka akan test guna scanner RFID manual:
1.Pasang dekat windscreen (cermin hadapan kereta) tak detect (katanya sebab ada tinted, kejap bunyi kejap tak bunyi).
2.Pasang dekat lampu tak detect (kejap bunyi kejap tak bunyi). Namun ada sesetengah orang yang masih lagi okay.
3. Kesudahannya, mereka pasang sebelah number plat, bunyi scanner berterusan detected walaupun dari pelbagai sudut. Saya mula-mula ragu-ragu juga, boleh detect ke tidak ni.
Tapi sehingga sekarang, dah seminggu ulang alik office, tak pernah sangkut lagi, dan yang paling BEST adalah palang buka lebih awal. Kereta saya sebelum ni pasang di windscreen, rapat dengan palang baru bukak, tapi kali ini memang puas hati!
*Bila dah pasang di lokasi yang betul, tak perlu lagi undur kereta di tol dan menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas!
Baca juga: Cara Buat Duit Online Guna Touch N Go, Duit Masuk Tanpa Perlu Buat Apa-Apa Pun!
Sumber: Solihin Razali