Didik

Kad Touch ‘n Go Hilang Atau Tamat Tempoh? Ini Cara Mudah ‘Refund’ Baki Wang!

4
SHARES
kad touch 'n go

Kini, kad Touch ‘n Go (TnG) boleh diibaratkan sebagai salah satu dokumen penting yang menjadi pilihan orang ramai kerana mempunyai perkhidmatan membayar tambang untuk mereka yang sering menggunakan tol dan pengangkutan awam.

Hal ini kerana, ia memudahkan orang ramai untuk menambah nilai di dalam kad tersebut menggunakan telefon pintar sekiranya tidak mencukupi baki, selain dilakukan di kaunter fizikal.

Baca juga: Hati-Hati Nak Beli Kereta Sambung Bayar, NO. 4 Itu Boleh Buat Pembeli Rugi!

KAD TOUCH ‘n GO HILANG/TAMAT TEMPOH UNTUK ‘REFUND’ BAKI

kad touch 'n go

Gambar: Portal touch ‘n go

Namun, pernahkah anda terfikir apakah yang akan berlaku kepada jumlah baki wang yang masih ada di dalam kad tersebut, sekiranya ia hilang atau sudah tamat tempoh?

Justeru itu, penulis ingin kongsikan langkah-langkah membuat permohonanrefund‘ jumlah wang di dalam kad Touch ‘n Go untuk jenis kehilangan dan tamat tempoh seperti di bawah.

Situasi dibenarkan membuat ‘refund’

Portal Touch ‘n Go menjelaskan, pengguna boleh mendapatkan semula wang dengan mudah melalui permohonan secara dalam talian, sekiranya berada dalam tiga situasi berikut:

  1. Jumlah caj yang tidak betul.
  2. Kad sudah tidak aktif atau tamat tempoh.
  3. Kehilangan kad.

Paling penting, pengguna harus memastikan bahawa kad Touch ‘n Go anda sudah didaftarkan di portal Touch ‘n Go bagi membolehkan wang baki dipulangkan semula.

Pengguna yang belum mendaftar, boleh klik di sini.

Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman ‘Renew’ Pasport Selaju Kilat, Tak Perlu Nombor Giliran Masa Ambil!

LANGKAH-LANGKAH REFUND BAKI JUMLAH WANG Touch ‘n Go

Setelah itu, mari ikuti langkah-langkah untuk membuat permohonan mendapatkan refund (bayaran balik) jumlah baki wang dalam kad tersebut. Langkah-langkah seperti berikut:

  1. Klik pada bahagian ‘Refund’ di bahagian kiri portal
  2. Kemudian klik pula pada submenu ‘Refund Request’.
  3. Klik pada satu daripada tiga pilihan ‘Refund Request’.
  4. Masukkan nombor siri kad.

Bagi permohonan pemulangan semula baki ini, terdapat tiga pilihan yang disediakan iaitu

kad touch 'n go

Gambar: portal touch ‘n go

  • Card Termination
  • Missing Value
  • Overcharged – Penalty

Selain itu, pengguna juga boleh menjelaskan perkara yang berlaku di ruangan ‘Remarks‘.

Seterusnya, pilih jenis pemindahan wang yang mahu digunakan iaitu sama ada ke akaun bank, DuitNow atau dompet digital TnG.

Selepas selesai, klik setuju pada perjanjian yang dinyatakan dan tekan ‘Submit‘.

Baca juga: Cara Mudah Buat Sijil Guna Google Form, Lebih Pantas Kerja Cikgu Lepas Ini!

Situasi kad hilang dan dicuri 

Pengguna yang kehilangan kad, boleh klik pada ‘Card Termination‘. Di mana, anda akan diminta untuk mengisi nombor siri kad dan memilih salah satu sebab, antaranya:

  • Lost
  • Voluntary Termination
  • Stolen
  • Dormant
  • Bad Chips/ Faulty
  • Expired Cards

Sementara itu, pengguna yang hilang kad akibat dicuri hanya layak untuk mendapatkan baki yang tinggal pada kad semasa tarikh melakukan permohonan.

Permohonan diproses sehingga 14 hari

Permohonan akan diproses oleh pihak Touch ‘n Go sehingga tempoh 14 hari dan wang akan dikembalikan tidak melebihi tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.

Pengguna juga akan menerima e-mel dari TnG berhubung permohonan baki wang yang dilakukan itu.

Semoga tips ini membantu!

Baca juga: Ramai Terkesima, Butang ‘Emergency’ Petrol Pam Boleh Lapor Plat Kereta Asing Guna Minyak RON95!

Sumber: BuzzKini / portal Touch ‘n Go

FT Image: portal Touch ‘n Go

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×