Didik

Ramai Terkesima, Butang ‘Emergency’ Petrol Pam Boleh Lapor Plat Kereta Asing Guna Minyak RON95!

9
SHARES
butang merah

Ramai yang terkesima selepas mengetahui fungsi lain butang merah kecemasan atau emergency yang terdapat di stesen minyak Petronas. Siapa sangka, pendedahan dari seorang pekerja Petronas ini telah menambah ilmu berguna kepada para pelanggan.

Baca juga: JPJ Beri Diskaun Saman 50% Selama 6 Bulan, Gagal Selesaikan Tak Boleh Perbaharui Lesen Memandu!

BUTANG MERAH KECEMASAN PETRONAS

butang merah

Gambar: TikTok @petronassrihartamas

Selama ini, ramai sudah mengetahui butang merah di petrol pam boleh ditekan untuk hal kecemasan seperti kebakaran dan minyak tertumpah.

Namun sebenarnya, ia boleh digunakan untuk mengadu salah laku pelanggan lain seperti warga asing yang mengisi minyak RON95.

Pekerja tersebut berkata, rakyat Malaysia boleh menggunakan butang itu untuk melaporkan pemandu dari negara lain berdasarkan nombor pendaftaran asing kenderaan. Misalnya dari Singapura dan Thailand yang mengisi tangki kereta mereka dengan RON95 atau minyak kuning.

Hal ini kerana, RON95 adalah minyak subsidi untuk rakyat Malaysia sahaja.

Baca juga: Kereta Kerap Bunyi “Ketak Ketak” Bila Lalu Di Selekoh & Jalan Tak Rata, Lelaki Ini Jelaskan 3 Punca & Tips!

Tambahnya lagi, sekiranya butang merah kecemasan itu ditekan, secara automatik aktiviti pengisian minyak akan terhenti.

Kemudian, segera memaklumkan kepada petugas Petronas tentang pemandu kereta plat luar negara yang cuba mencuri minyak subsidi itu.

Berikutan itu, ramai yang berterima kasih dan teruja dengan informasi tersebut. Disebabkan selama ini mereka tidak tahu cara paling cepat untuk menghentikan aktiviti ‘haram’ oleh pemandu kereta luar negara yang mengisi minyak subsidi RON95.

Baca juga: Penat Cuba Tapi Kepala Paip Tak Boleh Sambung Hos Mesin Basuh, Lelaki Ini Kongsi Penyelesaiannya!

Sumber: Instagram saysseismik.ig / TikTok @petronassrihartamas

FT Image: Google / TikTok @petronassrihartamas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×