Dek kerana ingin memiliki kereta tetapi berdepan dengan pelbagai kekangan, ada segelintir individu sanggup membeli kereta orang lain dengan perjanjian sambung bayar sebagai pilihan. Tanpa mereka sedar, sebenarnya kaedah membeli kereta sambung bayar ini boleh membawa risiko besar.
Risiko besar itu, bukan sahaja dari segi kewangan malah undang-undang juga. Justeru itu, berikut adalah beberapa risiko yang boleh dihadapi dan perlu dipertimbangkan sebelum pembeli kereta memilih kaedah ini.
Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman ‘Renew’ Pasport Selaju Kilat, Tak Perlu Nombor Giliran Masa Ambil!
KERETA SAMBUNG BAYAR, RISIKO JIKA MEMBELINYA
1. Sekadar janji di mulut
Membeli kereta sambung bayar tidak mempunyai sebarang dokumentasi atau rekod yang benar-benar dianggap terpakai dalam mengesahkan perjanjian yang dibuat.
Atas dasar percaya di antara dua pihak membuat persetujuan, wang ringgit pun berpindah tangan. Namun, tiada hitam putih yang menyokong bahawa kereta tersebut sudah bertukar hak milik.
Makluman semua, setiap urusan berkait pertukaran hak milik kenderaan atau apa-apa sahaja transaksi yang berlaku harus melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tanpa penglibatan JPJ, pertukaran hak milik secara suka rela adalah tidak sah.
2. Pembeli tiada hak penuh
Pembeli yang jenis percaya dengan orang, tidak pernah lupa untuk membayar ansuran bulanan kepada penjual.
Tiba-tiba, kereta anda telah ditahan oleh tukang tarik kereta yang meminta anda melepaskan kenderaan, dek kerana sikap penjual tidak membayar kereta.
Anda yang kebingungan, cuba untuk menelefon penjual. Akhirnya, tidak berbalas panggilan dan mesej sehingga anda menanggung rugi wang yang dibayar setiap bulan dan kehilangan kereta.
Baca juga: Cara Mudah Buat Sijil Guna Google Form, Lebih Pantas Kerja Cikgu Lepas Ini!
Baca juga: Ramai Terkesima, Butang ‘Emergency’ Petrol Pam Boleh Lapor Plat Kereta Asing Guna Minyak RON95!
3. Penjual masih pemilik rasmi
Mengundang masalah menjual kereta secara sambung bayar kepada pihak ketiga, sekiranya pembeli baharu yang menggunakan kereta itu untuk melakukan jenayah.
Kesemua saman dan tindakan udang-undang akan ditujukan kepada pimilik asal. Hal ini kerana, nama pemilik kereta tidak berubah dari segi undang-undang.
Anda berisiko dituduh terlibat dalam jenayah yang dilakukan. Bahaya!
4. Bank boleh tarik kereta
Pemilik asal iaitu penjual perlu meneruskan pembayaran kepada pihak bank, biarpun anda sudah membeli kereta sambung bayar daripadanya dengan ansuran bulanan.
Penjual yang gagal berbuat sedemikan telah memberi kuasa kepada bank untuk menarik kenderaan tersebut.
Jadi, pembeli yang membayar bulanan kepada penjual mungkin kehilangan kereta tersebut yang masih di bawah cagaran bank. Rugi!
5. Masalah undang-undang di mahkamah
Menurut Akta Sewa Beli 1967, adalah haram untuk membeli atau menjual kereta yang masih di bawah cagaran bank.
Walaupun pembeli mempunyai perjanjian bertulis dengan penjual. Perjanjian tersebut mungkin tidak diiktiraf oleh mahkamah.
Jika kes dibawa ke mahkamah, hakim boleh membatalkan perjanjian tersebut kerana bertentangan dengan akta yang melarang jual beli kenderaan yang belum dilunaskan hutangnya kepada bank.
Baca juga: Penat Cuba Tapi Kepala Paip Tak Boleh Sambung Hos Mesin Basuh, Lelaki Ini Kongsi Penyelesaiannya!
FT Image: peoplecreations