Kali ini penulis ingin kongsikan cara nak renew passport Malaysia selaju kilat berdasarkan pengalaman dan perkongsian tips daripada saudari Wan Nurdiana.
Biarpun kini memperbaharui pasport (renew passport) sudah boleh dilakukan secara dalam talian, namun ia masih perlu diambil di pejabat imigresen. Di mana, antara prosesnya adalah perlu beratur untuk mengambil nombor giliran dan kemudian menunggu lama untuk pasport berada di tangan.
Baca juga: Sebelum Melancong Ke China, Kena Ada 7 Aplikasi Ini Dalam Phone Baru Rasa Mudah Ke Mana-Mana!
CARA NAK RENEW PASSPORT SELAJU KILAT

Gambar: Wan Nurdiana
Dengan tips Wan Nurdiana, anda tidak perlu semua itu ketika di kaunter pejabat imigresen. Hanya meletakkan resit pembayaran yang dibuat di dalam talian dan beberapa dokumen di dalam bekas yang disediakan di kaunter, kemudian nama dah dipanggil.
Jom baca!
Alhamdulillah, selesai renew (memperbaharui) pasport semudah ABC dan tak sampai 10 minit pun dah boleh ambil pasport baru hari ini.
Jom Nana kongsikan langkah-langkahnya. Daripada proses permohonan online (dalam talian) sampai ke proses ambil pasport.
Baca juga: Kaki ‘Travel’ Kongsi 9 Tips Melancong DIY Ke Negara-Negara Eropah, Serius Lebih Jimat!
1. Sediakan gambar ukuran pasport
Boleh pergi kedai gambar untuk ambil gambar. Kalau dah ada gambar, edit latar belakang sendiri pun boleh. Saya ambil di kedai gambar untuk keselamatan.
Boleh:
- Tudung gelap
- Latar belakang putih
- Solekan natural
- Senyum tanpa gigi
Tak boleh:
- Kanta mata berwarna
- Rambut atau tudung cover kawasan muka
2. Laman web imigresen
Kemudian, buka laman web imigresen untuk memuat naik gambar.
Masukkan data peribadi, lokasi ambil pasport dan bayaran passport. Harga memperbaharui pasport adalah RM200 tapi warga emas RM100.
Wajib klik ‘SAVE RESET’. Boleh pilih nak ambil pasport di mana nanti dan carilah tempat berdekatan anda.
Baca juga: Ibu Kongsi 10 Tips Bawa Si Kecil Ke Disneyland, Walau Anak Ramai Mudah Je Nak ‘Handle’!
3. Tunggu email kelulusan
Lepas klik submit (hantar), tunggu email KELULUSAN dari Jabatan Imigresen Malaysia. Permohonan Nana lulus dalam 30 minit sahaja.
4. Cetak dan bawa resit bayaran
Bila dah LULUS, print (cetak) dan bawa resit bayaran tadi ke Pejabat Imigresen Malaysia yang anda dah pilih dalam talian tadi.
Sebaiknya, cetak sendiri untuk memudahkan kerja. Tapi di UTC KK, ada kaunter mencetak di pintu masuk bangunan.
5. Urusan di pejabat imigresen
Bila sampai pejabat imigresen tidak perlu ambil nombor. Letakkan resit bayaran anda di ‘tray’ kaunter serahan passport (UTC KK kaunter 11) bersama dokumen tersebut:
- Resit bayaran
- Pasport lama
- IC
Baca juga: Lelaki Ini Kata Maldives ‘Trip’ Paling Murah Dia Pernah Pergi, Nafi Mahal & Kongsi Tips Berguna!

Gambar: Wan Nurdiana
Walaupun ada notis 1 jam untuk siap, jangan ke mana-mana. Masa Nana nak ambil itu tak sampai 10 minit dah dipanggil nama dan boleh dapatkan pasport baru.
Senang kan? Inilah cara paling mudah dan cepat untuk ‘renew’ pasport.
Disebabkan Nana di Kudat, jauh untuk ke KK (pasport siap serta-merta kalau buat di KK). Tinggal isi dalam talian, dapat email, kemudian ambil tanpa perlu beratur panjang.
Ramai juga manusia di UTC untuk urusan pasport tadi. Tapi bila buat dalam talian tinggal datang dan ambil tanpa tunggu berjam untuk giliran bergambar dan sebagainya.
Alhamdulillah!
Baca juga: Elak Maraton Di KLIA! Ini Panduan ‘1st Time’ Naik Kapal Terbang, Ada 10 Proses Sebelum Berlepas
Sumber: Wan Nurdiana
FT Image: Sayuti Zainudin / Wan Nurdiana