Percutian

Sebelum Melancong Ke China, Kena Ada 7 Aplikasi Ini Dalam Phone Baru Rasa Mudah Ke Mana-Mana!

2
SHARES
pergi melancong

Sekiranya anda sedang merancang untuk pergi melancong ke negara China, artikel ini sesuai untuk dijadikan panduan! Di mana, kali ini penulis kongsikan senarai aplikasi yang perlu ada di dalam telefon pintar anda sewaktu berada di sana.

Melalui perkongsian Syifaul Saira, 7 aplikasi tersebut telah beri manfaat kepadanya sewaktu pergi bercuti secara solo. Jadi, jom lihat senarai aplikasi yang perlu ada untuk pergi melancong ke negara tembok besar China itu!

Baca juga: [TERKINI] Jadual & Harga Tiket Tren MySawasdee Ke Hat Yai Thailand 2025, Cepat Beli Sebelum ‘Sold Out’!

PERGI MELANCONG KE CHINA, 7 APLIKASI PERLU ADA

Aplikasi yang anda perlu ada bila nak melancong ke China!

1. Alipay

Segalanya bermula di sini hehehe. Link kan dengan mana-mana card dan scan sahaja untuk bayaran, nak guna didi dan sebagainya.

Metro day pass pun beli di sini. Ada translation juga jangan risau okay!

pergi melancong

Gambar: Syifaul Saira

Baca juga: Ambil Tahu Warna Pakaian Untuk Pasport & IC, Barulah Gambar Cun Tak Nampak Pelik!

2. Railway 12306

Wajib ada sekiranya anda nak mudahkan perjalanan hidup di China.

Senang dan senang sangat nak beli dan nak cancel ikut suka hati anda. Beli, kemudian nak change ke apa senang. Harga sama dengan kaunter.

3. Baidu App

Walaupun tiada translation tapi mudah dan tepat dalam mencari makna kehidupan sebab di China, Google tiada gunanya dalam kehidupan.

pergi melancong

Gambar: Syifaul Saira

Baca juga: Ibu Kongsi 10 Tips Bawa Si Kecil Ke Disneyland, Walau Anak Ramai Mudah Je Nak ‘Handle’!

4. Translater App

Sebenarnya agak susah berkomunikasi seperti ayam dan itik. Kadang-kadang stres dibuatnya. Jadi, ini akan sedikit membantu memudahkan perjalanan abadi anda.

5. Chat GPT

Ini untuk saya sebab kadang-kadang mood malas nak bertanya orang, jadi saya tanya dia.

Alhamdulillah, setakat ini dia lah ‘kawan’ saya di merata dunia hahaha. 

pergi melancong

Gambar: Syifaul Saira

Baca juga: Masam Masam Manis: Percutian Bajet Pun Boleh Bahagiakan Keluarga, Ibu Kongsi ‘Plan’ Untuk Poket Marhaen!

6. Maps.Me

Ini juga pilihan utama hidup ketika mengembara saya untuk kecemasan sekiranya internet tetiba lumpuh dan biarkan anda di situ selama yang kita pun tak tahu.

Kes kecemasan sangatlah membantu.

7. WeChat App

Ini sangat penting. Kalau booking hotel, wechat lah dulu owner macam mana nak pergi ke hostel atau hotel mereka.

Barulah senang hidup anda sebab dekat sana TikTok, Facebook dan WhatsApp disekat. Sebenarnya, wechat pun boleh buat bayaran melalui WeChat Pay.

melancong ke china

Gambar: Syifaul Saira

Kesimpulan

Ini yang saya gunakan selama mana perjalanan solo saya. Alhamdulillah, selamat dan bagus je.

Sesat itu biasa. Tak sesat, saya akan pelik dengan diri sendiri kenapa terlalu pandai hahaha.

Sekian dari pengembala solo.

Baca juga: Lelaki Ini Kata Maldives ‘Trip’ Paling Murah Dia Pernah Pergi, Nafi Mahal & Kongsi Tips Berguna!

Sumber: Syifaul Saira

FT Image: jplenio1

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×