Euforia Bola 2026
Rakyat

Pasport Malaysia Lebih 10 Tahun Dihentikan Dengan Serta Merta, Ini Yang Rakyat Perlu Tahu

pasport malaysia

Jika baru sahaja memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) atau mendapati pasport anda mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun, perkara ini perlu diberi perhatian.

Baca juga: Tidak Potong Rambut Sejak 2015, Wanita Ini Raih Rekod Dunia Dengan Rambut Sepanjang 2.69 Meter!

PASPORT MALAYSIA TEMPOH SAH LEBIH 10 TAHUN DIBERHENTIKAN SERTA MERTA, INI YANG PERLU TAHU

passport malaysia

Foto: Istock

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan bahawa tempoh sah laku maksimum PMA kini ditetapkan kepada 10 tahun susulan kekeliruan yang timbul apabila beberapa pemegang pasport berdepan masalah ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

Menurut JIM, pihaknya telah merujuk perkara tersebut kepada International Civil Aviation Organization (ICAO) dan maklum balas yang diterima tidak menghalang pelaksanaan pasport dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun.

Bagaimanapun, kekeliruan berlaku apabila sesetengah pemegang PMA yang mempunyai tempoh sah laku lebih 10 tahun menghadapi masalah ketika melakukan pendaftaran masuk dengan beberapa syarikat penerbangan di luar negara.

Tempoh lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Bagi mengelakkan kekeliruan yang sama berulang, JIM menetapkan tempoh sah laku maksimum PMA ialah 10 tahun sahaja.

Pengeluaran PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun juga akan dihentikan sehingga isu berkenaan dapat diselesaikan bersama pihak syarikat penerbangan dan ICAO.

Langkah ini dibuat bagi menyeragamkan tempoh sah laku pasport Malaysia serta mengelakkan kekeliruan berkaitan keperluan tambahan tempoh sah laku enam bulan yang mungkin ditafsirkan secara berbeza oleh sesetengah syarikat penerbangan.

Apa yang perlu dibuat jika mempunyai pasport lebih 10 tahun?

pasport malaysia

Foto: Astro Awani

Ini antara perkara paling penting yang perlu diketahui pemegang pasport. Bagi mereka yang sudah mempunyai PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun, JIM akan memberikan penggantian pasport secara percuma.

Pasport baharu tersebut akan mempunyai tempoh sah laku maksimum 10 tahun.

Pemegang PMA yang terlibat juga akan diberikan keutamaan bagi urusan penggantian pasport.

Jadi, perkara ini bukan bermaksud pemegang pasport perlu membayar sekali lagi untuk mendapatkan pasport baharu. JIM telah memaklumkan bahawa penggantian bagi pasport yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun akan diberikan secara percuma.

Kenapa perkara ini berlaku?

Menurut JIM, tindakan tersebut diambil selepas terdapat beberapa kes pemegang PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun menghadapi masalah ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

Walaupun tempoh tersebut tidak dihalang berdasarkan maklum balas ICAO, isu yang timbul ketika urusan dengan sesetengah syarikat penerbangan menyebabkan JIM mengambil langkah untuk menyeragamkan tempoh sah laku PMA.

JIM turut akan mengambil tindakan bagi membantu pemegang pasport Malaysia yang terjejas, termasuk mengeluarkan surat pemberitahuan kepada syarikat penerbangan.

Baca juga: Permohonan Ke IKSN Kini Dibuka Untuk Lepasan SPM..Asrama, Makan & Elaun Bulanan Disediakan!

Sumber: Harian Metro 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×