Sihat

Rambang Mata Tengok Banyak Makanan Hari Raya, Akhirnya Mengundang 3 Penyakit Ini!

16
SHARES
makanan hari raya

“Banyaknya makanan Hari Raya! Aku nak makan semua jenis makanan ini sampai kembung!”

Al-kisahnya semasa menyambut Hari Raya sudah pastinya keinginan diri sendiri membuak-buak untuk makan semua jenis makanan yang disajikan di rumah dan rumah tetamu. Tetapi, berakhir  dengan duduk di dalam tandas selama berjam-jam akibat sakit perut yang melampau dek kerena keracunan makanan!

Penting untuk anda cakna dengan pengambilan makanan semasa Hari Raya ini kerana anda berisiko terdedah dengan tiga jenis penyakit yang boleh merosakkan ‘mood’ Hari Raya! Lebih baik beringat dari merana di masa hadapan ya!

Baca juga: AWAS! Strok Haba Boleh Membawa Maut, Doktor Kongsi Cara ‘Emergency’ Nak Turunkan Suhu

MAKANAN HARI RAYA NI BANYAK TAPI IA JUGA PUNCA PENYAKIT!

makanan hari raya

1. Dehidrasi badan

Perasan atau tidak setiap kali Hari Raya mesti cuaca pun akan panas bukan? Oleh kerana kita akan banyak keluar rumah ketika musim perayaan, jadi kita banyak terdedah kepada cahaya matahari. Hal ini akan menyebabkan dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan.

Oleh kerana, air merupakan komponen utama dalam badan manusia iaitu sebanyak 60% dari berat badan, sebarang kekurangan air dalam badan akan menjejaskan fungsi badan.

Apakah tanda-tanda dehidrasi?

-Mengantuk dan mudah letih.

-Pening kepala.

-Kepala rasa ringan.

-Mulut dan kulit kering.

-Air kencing berwarna gelap.

-Kurang berpeluh.

Jangan risau, dehidrasi boleh dirawat di rumah. Apa yang anda boleh lakukan adalah minum banyak cecair dan menggantikan cecair yang hilang dengan air putih atau larutan oral rehydration salt (ORS) yang boleh didapatkan di farmasi. Jika anda mengalami tanda-tanda yang serius seperti pitam, kekeliruan atau sawan, sila dapatkan bantuan perubatan di klinik atau hospital.

Bagaimana ingin mencegah dehidrasi?

-Paling penting adalah minum dengan banyak tanpa perlu tunggu diri berasa dahaga. Selain air, anda boleh makan buah-buahan dengan kandungan air yang tinggi seperti tembikai.

-Elakkan minuman berkafein kerana ia akan membuatkan anda kerap buang air kecil.

-Gunakan payung jika cuaca terlalu panas dan hadkan aktiviti di luar.

-Sediakan penghawa dingin atau kipas di rumah terutamanya jika ramai tetamu yang datang.

2. Naik berat badan dan jadi obese

Sudah namanya pun musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, pasti kita akan disajikan dengan pelbagai jenis juadah selama sebulan Syawal. Bila dah makan bermacam-macam jenis makanan, berat badan pun mula naik dan menjadi faktor pembawakan penyakit lain tanpa kita sedari.

Penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung menjadi ‘popular’ apabila kita tidak menjaga berat badan dan tidak berpantang semasa menjamu selera. Kawal pemakanan agar indeks jisim badan (BMI) anda dapat dikekalkan pada hari raya, seterusnya mengelakkan dari mendapat risiko penyakit-penyakit kronik yang lain.

makanan hari raya

3.Mudah terkena keracunan makanan

Makan pun makan juga tetapi semasa musim perayaan inilah yang kita berpotensi besar untuk terkena keracunan makanan. Hal ini kerana, bukan sahaja pelbagai jenis campuran makanan menjadikan perut kita tidak selesa, malah ada juga yang membiarkan makanan terdedah kepada lalat yang menyebabkan orang yang makan mengalami keracunan makanan.

Sebenarnya, apakah yang menyebabkan keracunan makanan?

-Makanan yang ditinggalkan pada suhu bilik dalam tempoh yang lama (lebih 4 jam).

Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.

-Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan mentah disimpan bersama makanan yang telah dimasak).

-Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna.

-Makanan beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna.

-Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih.

-Penyedia makanan menghidapi atau mambawa penyakit seperti thyphoid dan taun.

Tanda mengalami keracunan makanan:

-Rasa mual dan muntah.

-Sakit perut dan cirit-birit.

-Demam/berpeluh.

-Sakit kepala.

Jika tidak diuruskan dengan betul, keracunan makanan boleh menjadi sesuatu yang serius. Sila berhati-hati dan peka dengan tanda-tanda di atas. Jadi, kalau ada tanda-tanda di atas sebaiknya dapatkan rawatan doktor dengan segera sebelum melarat dan tak boleh seronok beraya!

*Jadi, hati-hati dalam pengambilan makanan semasa Hari Raya nanti ya!

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×